Tablet

iPad Pro 2 Dalam 3 Saiz?

Menurut satu laporan, Apple merancang untuk mengeluarkan  iPad Pro 2 dalam 3 saiz berlainan. Ia akan dikeluarkan dalam saiz 12.9 dan 10.5 inci di mana saiz 10.5 inci adalah yang pertama untuk tablet itu, di samping sebuah lagi yang lebih kecil bersaiz 7.9 inci yang dimodelkan berdasarkan iPad mini.

iPad Pro 2

iPad Pro 2 Dalam 3 Saiz?

Laporan berkenaan dikeluarkan dua bulan selepas penganalis yang dipercayai, Ming Chi Kuo, juga meramalkan Apple akan mengeluarkan iPad Pro 2 bersaiz 12.9 dan 10.5 inci, tetapi tersilap dalam meramalkan varian 9.7 inci, bukan 7.9 inci.

Buat masa ini, iPad Pro dikeluarkan dalam saiz 12.9 dan 9.7 inci, di mana kedua-dua syarikat penganalis KGI Securities dan laman web Macotakera bersetuju bahawa model bersaiz 10.5 inci akan menggantikan model iPad Pro yang lebih kecil (9.7 inci). Model yang paling kecil pula bakal menjadi model yang lebih mampu milik.

Di samping tambahan pilihan saiz, Macotakera juga mendakwa model-model terbaharu iPad Pro tersebut akan turut dilengkapi dengan kamera iSight 12MP, 4 speaker, flash True Tone dan paparan True Tone.

Tablet iPad Pro dijangkakan akan dilancarkan dalam musim bunga akan datang iaitu sekitar April-Mei tahun hadapan. Ini bermakna kita akan dapat samada khabar ini benar ataupun tidak dalam masa terdekat.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top