Komputer

Lenovo Yoga Mampu Milik Baharu Dengan GPU Nvidia

Lenovo telah memanfaatkan penyertaan MWC 2016 dengan memperkenalkan sepasang laptop Lenovo Yoga dan sebuah tablet dengan keyboard yang boleh ditanggalkan.

YOGA 710 silver laptop mode-970-80

Lenovo Yoga Mampu Milik Baharu Dengan GPU Nvidia

Pertama sekali adalah laptop dua dalam satu Lenovo Yoga 710. Ia merupakan laptop berspesifikasi sederhana yang akan dijual bermula pada harga USD499 untuk versi 11 inci dan USD799 untuk versi 14 inci. Kedua-duanya dijangka akan dipasarkan pada bulan Mei ini.

Model 14 inci dilengkapi dengan pemproses Intel Skylake Core i7 dan sehingga 256GB SSD dengan GPU Nvidia 940M yang membolehkan permainan video dimainkan secara berpada-pada dan pada resolusi yang dikurangkan.

Terdapat antena engsel baharu yang didakwa Lenovo  memberikan sambungan WiFi 20% lebih kuat berbanding model Yoga 700. Bagi model 11 inci pula, ia akan dilengkapi pemproses Core m5.

Kedua-dua model laptop ini mempunyai skrin dengan resolusi 1920 x 1080 dan mempunyai jangkahayat bateri sehingga 8 jam serta didatangkan dengan Windows 10. Ia juga dilengkapi Dolby Audio Premium bagi kesan bunyi yang lebih baik.

Yoga 710 mempunyai berat hanya 1 kg 4g dan boleh bertukar antara 4 mod, mod laptop, mod stand, mod tent dan mod tablet.

YOGA 510 14in black stand mode-650-80

Yoga 510 pula mempunyai rekabentuk serupa dengan Yoga 710 tetapi didatangkan dalam model 14 inci dan 15 inci. Model ini akan mula dijual dalam bulan April dengan harga USD599 untuk model 14 inci dan USD699 untuk model 15 inci.

Namun model in lebih berat, masing-masing dengan berat 1.75kg dan 2.08kg, dan menawarkan jangkahayat bateri lebih lama pada 8.5 jam. Ia dilengkapi pemproses Intel Skylake Core i7 dengan GPU Radeon R7 M460 2GB.

Lenovo MIIX 310-650-80

Akhir sekali adalah tablet Miix 310 yang didatangkan dengan keyboard yang boleh ditanggalkan secara standard. Ia dijual pada harga USD 299 di US dan akan memasuki pasaran mulai Jun.

Untuk harga tersebut, pengguna mendapat sebuah tablet 10 inci yang mempunyai berat hanya 590g dengan 4GB RAM dan sehingga 64GB ruang storan dengan pilihan skrin HD penuh. Terdapat juga pilihan versi 4G LTE untuk internet mudahalih dan ia mempunyai jangkahayat bateri sehingga 10 jam.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top