Tablet

Microsoft Akan Menamatkan Pengeluaran Surface 3 Menjelang Penghujung Tahun Ini

Microsoft Surface 3 yang dilancarkan Mei tahun lalu merupakan varian bajet tablet Surface keluaran syarikat tersebut. Namun, nampaknya Microsoft sudah menetapkan penghentian pengeluarannya. Seorang jurucakap syarikat itu memberitahu  ZDNet bahawa menjelang penghujung Disember 2016, Microsoft akan menghentikan pengeluaran Surface 3.

Surface 3

Microsoft Akan Menamatkan Pengeluaran Surface 3 Menjelang Penghujung Tahun Ini

Dengan maklumat terbaharu ini bermakna jika anda meminati tablet Windows 10 mudahalih ini, anda perlu mendapatkannya secepat mungkin. Ada juga kemungkinan bahawa Microsoft mempunyai perancangan untuk mengeluarkan peranti Surface baharu, namun itu hanya spekulasi sahaja.

Khabarnya kemaskini utama seterusnya untuk Windows 10 yang diberi nama kod Redstone 2 dijadualkan untuk pelancaran pada musim bunga 2017 (sekitar April) dan pada ketika itu Microsoft akan memperkenalkan laptop 2 dalam 1 Surface baharu, seterusnya menggantikan tablet Surface 3.

Menurtut Microsoft, pelanggannya mahukan kepuasan dalam penggunaan Surface 3 dan penjualan Surface 3 berjumlah lebih 1/5 jualan keseluruhan produk-produk Surface, jadi jumlah jualan rendah bukanlah penyebab penghentian itu. Kekuatan utama Surface 3 ialah harga jualannya yang berpatutan serta kualitinya yang tinggi. Microsoft ingin mengekalkan sifat nilai mampu milik itu dalam pranti Surface yang akan dikeluarkan seterusnya.

Stok Microsoft Band 2 juga semakin berkurangan, tetapi tiada berita daripada Microsoft samada produk itu akan dihentikan juga. Jika syarikat itu mahu menunggu sehingga kemaskini utama Redstone 2 sedia untuk dilancarkan, kita mungkin terpaksa menuggu lama untuk melihat kemaskini peranti baharu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top