Komputer

Microsoft Melancarkan Windows 10 Versi ARM

Microsoft membawakan versi penuh Windows 10, lengkap dengan sokongan aplikasi desktop, kepada peranti dengan cip ARM. Syarikat gergasi perisian ini mendemonstrasikan Windows 10 versi ARM yang dilarikan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 820 hari ini, lengkap dengan kebolehan memain semula video HD, sokongan Adobe Photoshop dan Microsoft Office. Aplikasi desktop x86 tradisional akand diemulasikan, menjadikan penggunaannya lancar bagi pihak pengguna.

Windows 10 Versi ARM

 Microsoft Melancarkan Windows 10 Versi ARM

Microsoft menjangkakan laptop berkuasa ARM akan menjadi peranti pertama yang mengadoptasi Windows 10 versi ARM ini, tetapi tidak sukar membayangkan rancangan Microsoft untuk menjadikan telefon pintar menjadi sebuah PC sebenar.

Microsoft memperkenalkan ciri Continuum tahun lalu pada telefon pintar Windows 10 Mobile, yang membolehkan telefon pintar berfungsi seperti sebuah PC. Continuum mengguakan cipset Qualcomm dan aplikasi universal untuk menskalakan paparan dari skrin telefon pintar ke monitor PC dan menyertakan fungsi-fungsi yang menjadikannya seolah-olah menggunakan sebuah PC sebenar. Walaubagaimanapun, ia tidak mampu melarikan aplikasi Windows 10 penuh seperti Photoshop, yang sememangnya diguna ramai.

Buat masa ini, Microsoft bergantu kepada para pembangun untuk mengeluarkan aplikasi universal, tetapi dengan versi Windows 10 ARM ini, Microsoft menjadikan ciri Continuum lebih berkuasa dan serbaguna.

Terdapat khabar bahawa Microsoft akan mengeluarkan Surface Phone yang menggunakan pemproses Intel, tetapi khabar itu ternyata palsu apabila Intel membatalkan pengeluaran cip Intel Atom yang dikatakan akan digunakan pada telefon pintar tersebut. Berdasarkan perkembangan terbaharu ini, apa jua peranti samada Surface Phone (dengan cip ARM) atau tablet mini yang dikeluarkan Microsoft akan mempunyai kebolehan melarikan aplikasi desktop penuh.

Cabaran untuk Microsoft untuk memicu minat terhadap telefon pintarnya adalah perlu perlu menghasilkan sebuah telefon pintar yang benar-benar bagus dan memajukan sebuah ekosistem yang meriah. Emulasi aplikasi mempunyai kelemahan dari segi prestasinya dan menjadikan sebuah telefon pintar berfungsi seperti sebuah PC juga satu pencapaian hebat. Tetapi sehebat manapun pengalaman penggunaan PC pada telefon pintar itu, pengalaman penggunaan bahagian telefon pintarnya selalunya menjatuhkannya. Ini merupakan satu cabaran yang dihadapi industri apabila kedua-dua jenis peranti ini bersatu. Nampaknya tahun 2017 mungkin menjadi tahun yang menarik.

Tontonlah demonstrasi tersebut di bawah:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top