Tablet

Microsoft Surface Pro Baharu Diumumkan

Pada acara media di Shanghai, Microsoft telah melancarkan tablet terbaharunya, Microsoft Surface Pro. Anehnya, umum menjangkakan Microsoft melancarkan Surface Pro 5, selepas Surface Pro 4 sedia ada. Namun, nampaknya syarikat itu ingin mengalih keluar digit daripada nama produknya itu dengan hanya menamakannya Surface Pro.

Microsoft Surface Pro

Microsoft Surface Pro Baharu Diumumkan

Seperti dijangkakan, tablet terbaharu ini didatangkan dengan penambahbaikan pemproses Intel Kaby Lake, yang tidak menggunapakai kipas untuk penyejukkan, sekaligus menjadikannya lebih senyap dan jimat tenaga. Tambahan pula, terdapat pilihan untuk didatangkan dengan 4G LTE dalam tahun ini.

Tablet itu juga memperlihatkan penambahbaikan dari segi rekabentuk termasuk penjuru yang lebih melengkung, di samping saiz keseluruhan yang lebih kecil. Iterasi tahun ini merupakan yang paling ringan setakat ini pada 770g dan hanya setebal 8.5mm bagi model Core m3.

Walaubagaimanapun, penambahbaikan paling ketara padanya ialah kickstand baharunya yang boleh dilenturkan sehingga hampir rata. Posisi ini digelar Studio Mode. Seperti pada Surface Studio, ini membolehkan penggunaan tablet yang lebih selesa semasa melakar dengan Surface Pen atau menggunakan Surface dial padanya.

Surface Pen juga dipertingkatkan dengan 4,096 tahap tekanan, sensitiviti kencondongan, dan kadar kependaman dipertingkatkan pada 21ms di mana Microsoft mendakwa ia akan memberikan pengalaman menulis terbaik setakat ini.

Microsoft mendakwa bateri Microsoft Surface Pro baharu ini boleh bertahan sehingga 13.5 jam berbanding 9 jam pada model sebelumnya. Tiada port USB-C padanya, cuma port USB-A, pot miniDisplay dan jek audio. Microsoft juga mendakwa ia 1.7 kali lebih pantas berbanding iPad Pro dan 2.5 kali lebih pantas dari Surface Pro 3. Turut ditawarkan adalah Type Cover dipertingkatkan dengan fabrik Alcantara.

Mengenai harganya, model asas Microsoft Surface Pro baharu ini akan dijual pada harga USD799 dan akan mula dijual pada 15 Jun ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top