Tablet

Nvidia Bakal Melancarkan Tablet Shield Baharu?

Bagi mereka yang menggemari gaming mudahalih, terdapat berita baik untuk anda dari Nvidia. Berdasarkan dokumen FCC  yang dibocorkan, syarikat berkenaan dipercayai bakal melancarkan tablet Shield terbaharunya.

Tablet Shield Baharu

Nvidia Bakal Melancarkan Tablet Shield Baharu?

Tablet Shield yang digambarkan dalam dokumen berkenaan berukuran 8.6″ x 4.8″ x 0.3″ dan seberat 12.3 ounce. Ukuran ini sama dengan Shield Tablet K1, jadi berkemungkinan besar ia merupakan penambahbaikan ke atas model berkenaan.

Maklumat tambahan dari dokumen FCC itu menunjukkan tablet berkenaan menyokong WiFi 802.11ac, Bluetooth berkuasa rendah, dan port Micro USB. Model lama K1 mempunyai port Micro USB tetapi hanyalah USB 2.0. Mungkin model terbaharu ini dilengkapi Micro USB 3.0 dengan kelajuan yang lebih pantas.

Dari segi prestasi, tablet-tablet Shield mempunyai sejarah yang baik dan menampilkan prestasi yang terbaik di samping ciri-cir seperti Nvidia GeForce Now bagi penstriman permainan video. Tablet-tablet berkenaan mengintegrasikan alat kawalan keluaran Nvidia bagi kebolehan gaming mudahalih serta port mini HDMI bagi membolehkan ia disambungkan kepada TV dan dimainkan pada resolusi 4K.

Shield K1 telah berada di pasaran untuk sekian lama, jadi pembocoran berita ini sangat ditunggu-tunggu peminat permainan video. Walaubagaimanapun, tiada maklumat mengenai harga mahupun tarikh pelancarannya dibocorkan. Tetapi dari penerbitan dokumen FCC ini, dijangka ia bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top