Samsung Galaxy Note 8.0 Mula Dijual Di Malaysia

Jika anda kurang berpuas hati dengan saiz skrin pada Samsung Galaxy Note 2, SenHeng kini menawarkan Samsung Galaxy Note 8.0 pada harga RM1,699 iaitu harga yang sama dengan harga terkini sebuah Samsung Galaxy S3.

Samsung Galaxy Note 8

Samsung Galaxy Note 8.0 Mula Dijual Di Malaysia

Samsung Galaxy Note 8.0 dilengkapi pemproses yang sama dengan Galaxy Note 2 iaitu pemproses quad core 1.6GHz, 2GB RAM dan 16GB ruang storan yang boleh dipertingkatkan dengan penggunaan kad MicroSD.

Skrinnya berukuran 8 inci dengan resolusi 1280×800 dan berkepadatan piksel 190ppi yang memudahkan pengguna melakukan navigasi. Ia juga dilengkapi kamera utama 5 megapiksel dan kamera hadapan 1.9 megapiksel serta dilengkapi dengan port infra merah.

Phablet ini didatangkan dengan Android 4.1.2 JellyBean dan seperti mana-mana model “Note”, ia dilengkapi S-Pen atau stylus pen. Baterinya mempunyai kapasiti 4,600mAh dan berat keseluruhan hanyalah 338 gram serta mempunyai ketebalan cuma 7.95mm. Selain itu ia mempunyai sokongan 3G/LTE, WiFi a/b/g/n dan Bluetooth.

Walaupun, ia dilengkapi dengan speaker dan mikrofon untuk membuat panggilan, pengguna dicadangkan menggunakan set handsfree Bluetooth kerana membuat panggilan dengan phablet sebesar itu kelihatan agak ganjil.

Apa pun, jika anda berminat untuk mendapatkan phablet ini, bolehlah melayari laman web SenHeng. SenQ juga dikhabarkan menawarkan phablet ini, jadi anda juga boleh ke cawangan SenQ untuk bertanya lebih lanjut mengenai tawaran mereka.

Tags: , ,

Pengarang: iMyn

 

Sebagai co-founder TechKini, iMyn menggemari gajet, peranti dan teknologi terkini serta meminati bidang kewartawanan dan melancong ke serata dunia. Memiliki latarbelakang pendidikan IT dari universiti terkemuka tempatan, beliau memiliki pengetahuan yang luas dalam menilai baik buruk sesebuah produk. Falsafah hidup beliau adalah, "beli jika benar-benar memerlukannya, jangan ikuti trend semasa membuta tuli".

 

Terkini Mengenai Tablet

 
 

Add a comment

required

required

optional


 
 
 

Social Widget

 
 
 

Popular Minggu Ini

 
 
 
 

Ruangan Diskusi

  • iMyn: Untuk RM 1800 susah gak nak dapat yang power. Tapi game-game…
  • iMyn: It memang takde siapa dapat copy benda tu, Thinkpad je ada..…
  • Rambutan Goreng: Rindu dengan "mouse" bulat kecik yang kat tengah-tengah keyb…
  • musadun: s6 edge memang terbaik. masa pegang hp ni pun terasa nilai p…
  • fazly: Assalamualaikum brother . Tumpang tanya , nk minta pndapat s…
  • Salazryl: Semua pun tak mampu nak angkat/beli :v Dapat merasa trailer …
  • biro jasa sim: thank your information :D …
 
 

Ruangan Perkenalan