Tablet

Samsung Galaxy TabPro S

Setelah kecewa dengan kegagalan peranti Samsung Galaxy Note 7, Samsung telah memperkenalkan kemaskin terbaharu kepada tablet Windows 10 saingan Surface Pro keluarannya, Samsung Galaxy TabPro S.

Samsung Galaxy TabPro S

Samsung Galaxy TabPro S

Kemaskini terbaharu Galaxy TabPro S memperlihatkan sebuah tablet yang kelihatan mewah dengan kemasan berwarna emas dan nama baharu iaitu Galaxy TabPro S Gold Edition. Namun bukan itu sahaja kemaskini yang ada padanya. Jumlah RAM telah dipertingkatkan dari 4GB kepada 8GB, yang membantunya menjalankan Windows 10 dengan lebih lancar dan ruang storannya juga telah dipertingkatkan kepada 256GB SSD berbanding 128GB SSD sebelum ini.

Selain itu, spesifikasi tablet 12 inci ini kebanyakannya sama seperti model sebelumnya, termasuk pemproses Intel Core M3-6Y30, skrin Super AMOLED dengan resolusi 2,160 x 1,440, WiFi 802.11ac dan sepasang webcam 5MP.

Peranti ini mempunyai ketebalan hanya 6.3mm dan berat hanya 693 gram dan ia mempunyai bateri yang membolehkan ia berfungsi selam 10.5 jam. Tambahan pula ia mempunyai fungsi Fast Charging yang membolehkan ia dicas semula dalam masa 2.5 jam sahaja.

Harganya pula ada berbeza dari sebelumnya. Model terdahulu dijual pada harga USD 900, namun tablet Gold Edition ini dijual pada harga USD1000, bermakna penambahan harga tersebut diakibatkan RAM dan ruang storan tambahan yang ditawarkan.

Menurut review pihak media mengenai tablet ini, ia merupakan antara tablet Windows 10 ternipis dipasaran dengan skrin yang mengagumkan. Namun keyboard yang didatangkan bersamanya bukanlah yang terbaik dan sejujurnya sedikit mengecewakan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top