Tablet

Tablet 8 Inci Samsung Bakal Dilancarkan

Sebuah tablet 8 inci Samsung telah ditemui setelah ia menerima sertifikasi Wi-Fi dan Bluetooth daripada badan kawalselia, sertifikasi yang wajib dilalui oleh semua peranti yang ingin dikeluarkan sebelum memasuki pasaran.

Tablet 8 Inci Samsung

Tablet 8 Inci Samsung Bakal Dilancarkan

Tablet 8 inci Samsung terbaharu ini menyamai saiz tablet Samsung Galaxy Tab S2 bersaiz 8 inci yang menerima pujian banyak pihak. Walaubagaimanapun, nampaknya Samsung menyasarkan pasaran tablet bajet di mana tablet yang mempunyai nombor model SM-T375S telah dilihat dalam pangkalan data India dengan harga jualan USD100.

Tiada butiran mengenai tablet berkenaan buat masa ini dan Samsung masih belum mengumumkannya secara rasmi, namun ia dijangkakan akan dilancarkan dalam tahun 2016.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top