Smarter Stand Untuk iPad : Alternatif Terbaik Buat Smart Cover

Masalah dengan Smart Cover? Mungkin Smarter Stand adalah penyelesaian terbaik buat anda!

Bagi individu yang memiliki iPad tentunya sudah biasa dengan Smart Cover pada iPad yang boleh dilipat beberapa kali untuk membentuk tongkat bagi mendirikan iPad pada sudut tertentu. Ini bagi memudahkan pengguna menaip atau menonton video pada iPad mereka.

Malangnya ia hanya dapat didirikan pada dua sudut, satu sudut rendah dan satu sudut tinggi. Ia tidak dapat didirikan pada sudut yang sederhana yang lebih selesa untuk penggunaan di atas meja. Smarter Stand menyelesaikan masalah tersebut dengan sebuah produk yang ringkas tapi berkesan.

Smarter Stand untuk iPad

Smarter Stand terdiri dari dua klip yang diletakkan pada Smart Cover iPad. Ia digunakan untuk mengasingkan dua bahagian lipatan pada Smart Cover untuk menghasilkan satu tongkat yang membolehkan iPad digunakan pada satu sudut yang lebih selesa untuk pengguna.

Smarter StandAlat ini merupakan satu projek yang mendapat pembiayaan dari laman web crowd funding Kickstarter dan telah mencapai matlamat pembiayaan mereka dengan mendapat 15 kali ganda modal yang diminta.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini, layarilah laman web mereka di Kickstarter.com.

smarter stand

Tags: , ,

Pengarang: iMyn

 

Sebagai co-founder TechKini, iMyn menggemari gajet, peranti dan teknologi terkini serta meminati bidang kewartawanan dan melancong ke serata dunia. Memiliki latarbelakang pendidikan IT dari universiti terkemuka tempatan, beliau memiliki pengetahuan yang luas dalam menilai baik buruk sesebuah produk. Falsafah hidup beliau adalah, "beli jika benar-benar memerlukannya, jangan ikuti trend semasa membuta tuli".

 

Terkini Mengenai Tablet

 
 

Add a comment

required

required

optional


 
 
 

Social Widget

 
 
 

Popular Minggu Ini

 
 
 
 

Ruangan Diskusi

  • iMyn: Nampaknya tekanan dari pengguna berjaya memaksa Mikrosoft me…
  • jep wan: Ok lah tu kalo dah ada start button tu. xder la kekok sgt nk…
  • iMyn: Kalau tak betul skrin besar ni, mesti orang dah taknak beli …
  • ayatollah: Hmmm...., harapan palsu atau memang betul2 Apple nak bagi sk…
  • iMyn: Byk jugak org jual sekarang. Tak silap groupon ada jual hari…
  • azrizam: best...rasa nk beli …
  • iMyn: Tak boleh. Dia ada fixed wide lens. …
 
 

Ruangan Perkenalan