Gambar Dan Spec Samsung Galaxy Tab 3 Bocor

Spekulasi mengenai tablet terbaru Samsung Galaxy Tab 3 mencapai tahap kemuncaknya dengan laporan terbaru yang muncul di Internet mendedahkan spesifikasi 2 tablet yang bakal dikeluarkan di bawah model tablet tersebut.

Samsung Galaxy Tab 3

Gambar Dan Spec Samsung Galaxy Tab 3 Bocor

Butiran mengenai tablet itu diterbitkan laman web Greece Techblog yang mendakwa ia mempunyai maklumat eksklusif mengenai tablet yang akan dikeluarkan syarikat Korea itu. Laman web tersebut melaporkan bahawa 2 tablet bakal dikeluarkan iaitu satu bersaiz 8 inci dan satu lagi bersaiz 10.1 inci.

Menurut spesifikasi yang dibocorkan, model 8 inci akan dilengkapi skrin 1280 x 800, CPU 1.5 GHz, 2GB RAM, kamera utama 3 megapiksel, kamera hadapan 1.3 megapiksel, bateri 4500mAh dan menggunakan Android JellyBean. Ia berukuran 209.6 x 112.1 x 6.95 mm dan mempunyai berat 300g iaitu lebih kecil tetapi berat berbanding sebuah iPad Mini.

Model Samsung Galaxy Tab 3 10.1 inci pula akan dilengkapi skrin dengan resolusi sama dengan model 8 inci. Selain itu, ia juga akan mempunyai pemproses, kamera dan sistem pengoperasian yang sama dengan saudaranya itu. Namun anehnya RAMnya akan dikurang kepada 1GB tetapi baterinya dibesarkan kepada 7000mAh.

Dari segi ukurannya, ia dijangka lebih kecil dan ringan daripada tablet iPad 4 9.7 inci. Spesifikasi yang dibocorkan menunjukkan tablet 10.1 inci ini akan mempunyai ukuran 256.7 x 175.3 x 8.7 mm dan mempunyai berat 533g.

Jika maklumat ini benar, anda akan boleh memiliki kedua-dua buah tablet ini dengan kebolehan 3G dan 4G LTE dengan model 3G akan mula dijual dalam bulan Mei manakala model 4G akan mula dijual pada bulan Jun/Julai.

Tags: , ,

Pengarang: iMyn

 

Sebagai co-founder TechKini, iMyn menggemari gajet, peranti dan teknologi terkini serta meminati bidang kewartawanan dan melancong ke serata dunia. Memiliki latarbelakang pendidikan IT dari universiti terkemuka tempatan, beliau memiliki pengetahuan yang luas dalam menilai baik buruk sesebuah produk. Falsafah hidup beliau adalah, "beli jika benar-benar memerlukannya, jangan ikuti trend semasa membuta tuli".

 

Terkini Mengenai Tablet

 
 

Add a comment

required

required

optional


 
 
 

Social Widget

 
 
 

Popular Minggu Ini

 
 
 
 

Ruangan Diskusi

  • iMyn: Tecknologi ni kalau nak dikejar, penat bro. Setiap hari ada …
  • ismahasmi: amboi laju sangat. yang kita ni baru survey2 nak tengok jam …
  • Sembang Gajet: Kemungkinan pendrive tidak lagi digunakan pada masa akan dat…
  • iMyn: 2 dahun lagi kalau tak ada masalah melanda, ia akan launch. …
  • iMyn: Silakan …
  • Ekonetworks.com: thanks gan infonya , izin copas ke blog saya …
  • taqi: canggihnyer....seronok la klaw dapat ni...hehe …
 
 

Ruangan Perkenalan