Surface 2 dan Surface Pro 2 Dilancarkan

Microsoft telah melancarkan tablet Windows RT dan Windows 8.1 keluarannya, Surface 2 dan Surface Pro 2 dengan rekabentuk sama, namun dengan spesifikasi yang lebih baik berbanding model sebelumnya.

SUrface 2 dan Surface Pro 2

Surface 2 dan Surface Pro 2 Dilancarkan

Microsoft telah melancarkan baritsan tablet Windows RT dan Windows 8.1  terbarunya, Surface 2 dan Surface Pro 2. Rekabentuknya 90% sama dengan sebelumnya, namun spesifikasi dalamannya telah dipertingkatkan untuk memberikan lebih ruang storan dan jangkahayat bateri yang lebih panjang di samping peningkatan sedikit dari segi prestasi hasil penggunaan pemproses Intel Core Haswell. Mari kita lihat pembaharuan yang dilakukan pada kedua-dua tablet ini.

Surface 2

Surface 2 yang dahulunya dikenali sebagai Surface RT adalah tablet yang melarikan Windows RT. Rekabentuknya sama seperti model 10.6 inci terdahulu, cuma ia lebih nipis sedikit dan berwarna putih (seperti dilihat pada gambar di atas).

Kini ia mempunyai skrin yang lebih baik iaitu sebuah skrin 1080p menggantikan skrin 1366×768 pada Surface RT dan dilengkapi port USB 2.0 dan 3.0. Ia juga lebih pantas hasil sistem bus yang diperbaharui berasaskan pemproses Tegra 4 keluaran Nvidia. Jangkahayat baterinya juga telah dipertingkatkan, walaupun beratnya semakin kurang. Akhir sekali, Surface 2 juga akan dilengkapi dengan opsyen yang dilengkapi LTE.

Surface 2 dijual dalam konfigurasi ruang storan 32GB dan 64GB dan bermula pada harga USD450 tanpa Touch Cover, iaitu USD50 lebih murah daripada harga jualan Surface RT semasa ia dilancarkan tahun lepas.

Surface Pro 2

Seperti Surface 2, tablet Windows 8.1 Surface Pro 2 juga mengekalkan rekabentuk sama dengan model terdahulu, melainkan Kickstandnya yang mempunyai dua kedudukan berbeza. Kebanyakan penambahbaikan dilakukan pada bahagian dalamnya.

Microsoft mendakwa Surface Pro 2 lebih pantas berbanding 95% laptop dalam pasaran sekarang. Prestasinya dipertingkatkan 20% berbanding model terdahulu dan dilengkapi prestasi grafik dua kali lebih baik. Hasil penggunaan pemproses generasi ke 4 Core i5, jangkahayat bateri juga dipertingkatkan sebanyak 75%. Ia juga dilengkapi pen stylus untuk menulis pada skrin.

Surface Pro 2 akan ditawarkan dalam konfigurasi ruang storan 256GB dan 512GB selain konfigurasi 64GB dan 128GB seperti model sebelumnya. Dua konfigurasi teratas juga mempunyai opsyen peningkatan jumlah RAM kepada 8GB. Harga tablet ini bermula pada USD900 namun model dengan konfigurasi tinggi akan berharga lebih mahal.

Dengan prestasi dan potensi yang ditujukkan Surface Pro 2, ia sememangnya satu tablet yang bakal memberi persaingan hebat kepada laptop, malah mungkn juga akan menjadikan laptop dan ultrabook kelihatan tidak lagi menarik.

Aksesori

Aksesori paling popular digandingkan dengan tablet Surface 2 dan Surface Pro 2 adalah aksesori keybord Touch Cover 2 dan Type Cover 2 yang merupakan penambahbaikan ke atas versi sebelumnya. Kedua-duanya 1mm lebih nipis dari versi sebelumnya dan kini mempunyai lampu backlit padanya, membolehkan anda melihat kekuncinya dalam tempat yang gelap.

Microsoft juga akan mengeluarkan aksesori Surface Dock iatu satu stesen dock untuk Surface Pro 2 yang dilengkapi mini DisplayPort untuk menyambungkan peranti paparan luaran, satu port USB 3.0, tiga port USB 2.0, jek mikrofon dan headfon dan satu port 1Gbps Ethernet. Dok ini akan hadir awal tahun hadapan.

 Surface 2 dan Surface Pro 2

Surface 2 dan Surface Pro kini boleh ditempah oleh pengguna US dan Kanada secara online di Microsoft Store atau Best Buy bermula 8 pagi 24 September waktu Amerika dan akan mula dijual secara rasmi di wakil jualan Microsoft pada 22 Oktober ini. Ia akan mula dijual di China dalam bulan November. Walaubagaimanapun, belum ada berita mengenai bila ia akan mula dijual di negara-negara selain 2 negara itu.

Pengarang: iMyn

 

Sebagai co-founder TechKini, iMyn menggemari gajet, peranti dan teknologi terkini serta meminati bidang kewartawanan dan melancong ke serata dunia. Memiliki latarbelakang pendidikan IT dari universiti terkemuka tempatan, beliau memiliki pengetahuan yang luas dalam menilai baik buruk sesebuah produk. Falsafah hidup beliau adalah, "beli jika benar-benar memerlukannya, jangan ikuti trend semasa membuta tuli".

 

Terkini Mengenai Tablet

 

2 Comments

  • harap-harap Surface ni boleh pecahkan dominasi iPad. Asal sebut pasal tablet, mesti orang akan cakap iPad walaupun tablet pc yang dipegangnya berjenama Galaxy Tab.

    • Marketing je tu. Sebenarnya kalau betul-betul nak buat kerja, tablet windows lah bagus sebab compatible dengan software seperti Microsoft office dll. So senang sikit kalau nak bekerja dengan pengguna laptop atau desktop lain.

 

Add a comment

required

required

optional


 
 
 

Social Widget

 
 
 

Popular Minggu Ini

 
 
 
 

Ruangan Diskusi

  • iMyn: Tu ar... Apple memang terkenal dengan strategi memerangkap p…
  • Wira Merah: Salah satu strategi apple untuk menambahkan pengguna MacBook…
  • iMyn: Depends juga lah, setakat ni, kebanyakan tempat saya gi ada …
  • Izatul Fitriah: kalau di kawasan kampung,YES ni dapat liputan atau tidak? …
  • iMyn: Actually admin pun pakai Apple, cuma kadang-kadang tension g…
  • Afif Zafri: statement last tu mmg buat apple fan boy butthurt hahaha. bt…
  • ismahasmi: amboi laju sangat. yang kita ni baru survey2 nak tengok jam …
 
 

Ruangan Perkenalan