Tablet

Tablet Ubuntu Baharu Boleh Menjadi PC

Telah lama berita baharu mengenai Ubuntu OS tidak kedengaran. Canonical, pembangun Ubuntu OS masih mempercayai konsep “convergence computing” atau perkomputeran menumpu dan tablet Ubuntu baharu yang diumumkan syarikat itu menjanjikan pengalaman PC hanya dengan penambahan keyboard, mouse dan monitor.

Tablet Ubuntu Baharu

Tablet Ubuntu Baharu Boleh Menjadi PC

Menurut CEO Canonical, Jane Silber, kategori perkomputeran masakin semakin kabur dan apa yang diperlukan ialah satu platform dan pengalaman yang konsisten pada semua bentuk peranti. Silber percaya Ubuntu dapat memberikan pengalaman tersebut.

Seperti dalam peranti mudahalih sebelum ini, Canonical sekadar menggunapakai produk sedia ada dan menambahkan Ubuntu OS padanya. Dalam kes ini ia menggunapakai tablet Aquaris M10 keluaran syarikat telco Sepanyol BQ. Ia dilengkapi 2GB RAM, skrin 10.1 inci HD penuh dan pemproses Mediatek 1.5GHz. Walaupun spesifikasinya sederhana sahaja, kualiti buatannya sangat mengagumkan, walaupun lebih ringan dari iPad dan diperbuat daripada plastik.

Perkakasannya tidak terlalu penting, sebaliknya perisiannya adalah tarikan utamanya. Tablet Ubuntuk baharu ini merupakan tablet pertama yang dipasarkan dilengkapi dengan versi mudahalih Ubuntu OS dengan kebolehan Convergence (Boleh digunakan sebagai PC).  Walaupun versi OS ini telahpun diterbitkan lebih seminggu, namun peranti lama tidak dapat memberi pengalaman menyeluruh kerana ketiadaan port untuk disambungkan kepada monitor.

Walaupun jumlah aplikasi yang boleh diperolehi pada Ubuntu tidak setanding dengan Android atau iOS (dan juga Windows Phone), Canonical menjamin, perisian yang ada adalah mencukupi untuk melakukan kerja pejabat asas seperti email, melayari web, membaca berita, muzik dan lain-lain. Apa yang penting adalah potensi OS ini. Rangka kerja versi OS mudahalih ini adalah sama dengan versi desktop, jadi, sebarang perisian yang boleh dijalankan di PC, boleh dijalankan pada tablet ini. Perisian seperti LibreOffice sememangnya boleh dijalankan pada kedua-dua versi OS tersebut dan Canonical menawarkan kepada pembangun perisian yang boleh membantu mereka membina antaramuka yang boleh berfungsi pada skrin pada sebarang saiz.

tablet-overview-convergence

Semua ini kelihatan sama dengan apa yang mahu dilakukan Microsoft dengan Windows 10 dan Windows 10 Mobile. Namun bezanya adalah kedua-dua versi Windows 10 itu dikodkan secara berbeza. Ubuntu dan Ubuntu Mobile pula dikodkan dengan rangka kerja yang sama, jadi itu satu kelebihan untuknya dalam pembangunan perisian.

Canonical tidak bimbang dengan persamaan yang terdapat pada visi Microsoft dan Canonical. Di samping ia mewujudkan persaingan yang sihat, ia juga mengesahkan konsep ini mendapat permintaan di kalangan pengguna. Namun, memandang spesifikasi tablet M10 jauh berbeza dari telefon pintar Ubuntu Edge yang pernah cuba dibangun syarikat itu, tablet Ubuntu baharu itu terasa tidak cukup berkuasa untuk menjalankan Ubuntu OS dengan lancar.

Apa pun, Canonical masih jauh lagi untuk mencapai satu iterasi tablet Ubuntu OS yang sedia untuk pengguna umum. Tetapi apa yang dipaparkan setakat ini kelihatan berpotensi tinggi. Pada akhirnya, kelangsungan OS ini bergantung kepada kesediaadaan perisian dan aplikasi. Tanpa aplikasi sukar untuk mempengaruhi pengguna untuk mendapatkan tablet dengan OS berkenaan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top