Tablet

Pepijat Tarikh iPhone Berbahaya

Sebelum ini, kita telahpun melihat SMS dan laman web yang mampu menutup iPhone, namun kini satu pepijat tarikh iPhone mampu merosakkan sebuah iPhone ke tahap ia tidak boleh diperbaiki lagi.

Pepijat Tarikh iPhone

Pepijat Tarikh iPhone Berbahaya

Laporan telah diterbitkan yang mengatakan jika anda menetapkan tarikh 1 Januari 1970 pada iPhone 5 ke atas, dan memulakan semua telefon pintar itu, ia akan tersekat hingga ke tahap tidak boleh dibaiki lagi.

Pengguna telah berbual di Reddit dan mengatakan iPhone dan iPad yang menjalankan OS 64 bit iOS 8 dan iOS 9 yang dilengkapi pemproses A7, A8, A8X, A9 dan A9X akan menghadapi masalah ini. Ini bermakna bukan sahaja  iPad Pro, iPhone 6S dan iPhone 6S Plus menghadapi masalah ini, malah  iPad Air, iPad mini 2 dan iPhone 5S turut menghadapi masalah yang sama.

Mengapa ia Berlaku?

Walaupun pepijat tarikh iPhone ini tidak diketahui puncanya secara tepat, namun satu penerangan yang munasabah ialah menetapkan tarikh kepada 1 Januari 1970 akan mengkucar-kacirkan mekanisma pemasaan iPhone atau iPad. Ia melihat tarikh ini sebagai nilai masa yang negatif.

Walaupun peranti tersebut masih boleh beroperasi dalam mod Recovery, penyelesaian muktamadnya melibatkan lawatan ke Apple Store dan membuka komponen peranti tersebut.

Jadi, walau apa pun tetapan yang anda ingin ubah, jangan ubah masanya ke 1 Januari 1970 jika anda tidak mahu menghadapi masalah yang tidak sepatut berlaku. Tonton video di bawah untuk melihat bagaimana pepijat ini berlaku.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top