Telefon Bimbit

Adakah Ini Video Samsung Galaxy S8?

Samsung Galaxy S8 dijangka akan diperkenalkan di penghujung Februari semasa acara Mobile World Congress dan antara sekarang dan tarikh pengenalannya sudah tentu banyak informasi akan dibocorkan mengenainya, termasuk dua buah video yang dimuatnaik Samsung Display di Korea Selatan.

Adakah Ini Video Samsung Galaxy S8?

Tetapi memandangkan bahasa korea kami baru sahaja di tahap penonton K-Drama, kami hanya boleh mengulas video-video berkenaan dari segi rupanya. Ia memperlihatkan sebuah peranti yang mempunyai skrin dengan bingkai yang kecil, skrinnya mengambil hampir keseluruhan permukaan hadapan telefon pintar berkenaan dan tiada butang home fizikal padanya. Ini merupakan sifit-sifat yang dijangkakan akan berada pada telefon pintar Samsung Galaxy S8.

Video berkenaan juga menyatakan kelebihan teknologi skrin AMOLED dan ia pasti akan diterangkan dengan lebih lanjut pada acara pelancarannya nanti. Jika anda faham bahasa Korea, kami menghargainya jika anda boleh terangkan dengan lebih lanjut apa yang diperkatakan dalam video ini.

Namun, boleh jadi juga telefon pintar berkenaan hanyalah model generik yang diwujudkan bagi tujuan video promosi skrin AMOLED Samsung. Tiada penjuru  yang melengkung padanya dan ciri itu sememangnya dijangkakan pada varian-varian model Samsung Galaxy S8 yang bakal diperkenalkan nanti.

Bagi kami, video-video ini berkemungkinan mempunyai rekabentu asas yang sama dengan Galaxy S8, tetapi bukanlah model itu. Samsung enggan memberi komen dan membiarkan sahaja spekulasi dari pelbagai pihak.

Adakah ini rupa Samsung Galaxy S8? Terpulang kepada penilaian anda, tetapi ia kelihatan agak menarik.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top