Android 5.0 Mungkin Ditangguhkan Dengan Kemunculan Android 4.3

Terdapat kemungkinan besar Google tidak akan memperkenalkan Android 5.0 Key Lime Pie pada acara Google I/O tak lama lagi kerana terdapat laporan yang mengatakan syarikat itu akan melancarkan Android 4.3 pula pada acara tersebut.

Android 4.3

Android 5.0 Mungkin Ditangguhkan Dengan Kemunculan Android 4.3

Menurut laman web Android Police, mereka telah menjumpai log-log server yang menunjukkan peranti-peranti Nexus 7 dan Nexus 4 yang menggunakan versi baru OS peranti mudah-alih Google iaitu Android 4.3. Menurut laporan itu lagi, alamat IP yang dikesan berasal dari dua pekerja berlainan di pejabat Google, namun maklumat ini belum dapat disahkan lagi.

Terdapat beberapa laporan minggu lepas yang mengatakan Google akan menangguhkan pelancaran Android 5.0 untuk memberikan masa dan membolehkan pengeluar telefon pintar untuk memasang Android 4.2 JellyBean kepada keseluruhan barisan produk terkini mereka.

Laporan terbaru ini selari dengan pendapat pakar industri yang mengatakan pelancaran Android 5.0 akan ditangguhkan dan sebagai ganti, Google akan melancarkan kemaskini bagi OS JellyBean pada bulan Mei bagi memuaaskan hati penggunanya.

Terdapat juga seorang pengguna Reddit yang menemui bukti-bukti yang berkaitan dengan Android 4.3. Walaubagaimanapun bukti-bukti seperti itu mudah untuk dipalsukan, tetapi Android Police mendakwa bukti yang mereka temui boleh dikesan berasal dari pejabat Google.

Apa pun, nampaknya pengguna perlu menunggu berita daripada acara Google I/O untuk mengetahui apa yang akan dilancarkan oleh Google nanti.

Tags: , ,

Pengarang: iMyn

 

Sebagai co-founder TechKini, iMyn menggemari gajet, peranti dan teknologi terkini serta meminati bidang kewartawanan dan melancong ke serata dunia. Memiliki latarbelakang pendidikan IT dari universiti terkemuka tempatan, beliau memiliki pengetahuan yang luas dalam menilai baik buruk sesebuah produk. Falsafah hidup beliau adalah, "beli jika benar-benar memerlukannya, jangan ikuti trend semasa membuta tuli".

 

Terkini Mengenai Perisian

 
 

Add a comment

required

required

optional


 
 
 

Social Widget

 
 
 

Popular Minggu Ini

 
 
 
 

Ruangan Diskusi

  • hafiz: Aku mau tanga nvidia tegra note 7 ada malaysia …
  • iMyn: Nampaknya tekanan dari pengguna berjaya memaksa Mikrosoft me…
  • jep wan: Ok lah tu kalo dah ada start button tu. xder la kekok sgt nk…
  • iMyn: Kalau tak betul skrin besar ni, mesti orang dah taknak beli …
  • ayatollah: Hmmm...., harapan palsu atau memang betul2 Apple nak bagi sk…
  • iMyn: Byk jugak org jual sekarang. Tak silap groupon ada jual hari…
  • azrizam: best...rasa nk beli …
 
 

Ruangan Perkenalan