Digi Menawarkan Telefon Percuma

Bagi mereka yang belum membuat tuntutan rebet RM200 bagi skim Pakej Komunikasi Belia yang dilancarkan awal tahun ini, Digi membuat tawaran saat akhir dengan menawarkan telefon Alcatel One Touch Glory 2S dan plan prabayar Digi.

Digi

Digi Menawarkan Telefon Percuma

Tahukah anda tempoh tamat tuntutan rebet RM200 di bawah skim Pakej Komunikasi Belia akan tamat 7 April ini? Menyedari itu, Digi membuat tawaran saat akhir dengan menawarkan telefon pintar Alcatel One Touch Glory 2S dengan percuma!

Namun, ada untuk mendapat telefon percuma itu, anda perlu membeli kad SIM DG Prepaid Smart Plan (SKMM Edition) pada harga RM50. Plan prabayar ini didatangkan dengan 30 minit masa berbual, 30 SMS dan 1.5GB data Internet mudah alih serta tempoh sah 3 bulan.

Jadual topup seperti di bawah: –

Jumlah Topup Nilai Topup Tempoh Sah
Data Panggilan
(Semua Rangkaian)
SMS
(Semua Rangkaian)
MMS
(Semua Rangkaian)
RM10 200MB 20 min 20 SMS 10 MMS 10 Hari
RM30 600MB 60 min 60 SMS 30 MMS 30 Hari
RM50 1GB 100 min 100 SMS 50 MMS 50 Hari
RM100 2GB 200 min 200 SMS 100 MMS 100 Hari
PERCUMA akses tanpa had ke WhatsApp Messenger

Dari segi peranti pula, Alcatel One Touch Glory 2S bukanlah telefon pintar terhebat, namun ia bukan juga terburuk. Pendek kata ia berpadanan dengan status percumanya. Ia dilengkapi skrin 3.6 inci, CPU 1GHz Cortex A9,  kamera utama 2MP serta melarikan Android 2.3 Gingerbread. Ia juga didatangkan dengan kad MicroSD 2GB percuma.

Jadi, bagi anda yang belum membuat tuntutan tersebut dan tidak mahu membayar terlalu banyak untuk plan data, tawaran ini sesuai untuk anda. Untuk maklumat lanjut, layarilah laman web Digi.

Tags: , ,

Pengarang: iMyn

 

Sebagai co-founder TechKini, iMyn menggemari gajet, peranti dan teknologi terkini serta meminati bidang kewartawanan dan melancong ke serata dunia. Memiliki latarbelakang pendidikan IT dari universiti terkemuka tempatan, beliau memiliki pengetahuan yang luas dalam menilai baik buruk sesebuah produk. Falsafah hidup beliau adalah, "beli jika benar-benar memerlukannya, jangan ikuti trend semasa membuta tuli".

 

Terkini Mengenai Telefon Bimbit

 
 

Add a comment

required

required

optional


 
 
 

Social Widget

 
 
 

Popular Minggu Ini

 
 
 
 

Ruangan Diskusi

  • siti aisyah: apesal pulak biarlah dia nak jual.telefon dia yang nak jual …
  • iMyn: Ada bro. Saya tgk kat kedai game ada jual. Tak pun try tgk k…
  • wan: salam bro..sekarang ni console xbox one ada jual ke kat mala…
  • fata: hi, saya dari indonesia. boleh kunjung ke website saya http:…
  • hpmurah2u: alahainya cantiknya Speaker Samsung di atas tu.. …
  • iMyn: Sorry bro, ni problem luarbiasa ni. Tak dapat nak tolong. ke…
  • haziq: RM0.00 Dear Mohd, Sorry! The Cun Plan is not applicable for …
 
 

Ruangan Perkenalan