Digi Memulakan Pra Pendaftaran Samsung Galaxy S4

Digi tampil selaku telco pertama yang akan memulakan pra-pendaftaran Samsung Galaxy S4 dengan mengumumkan ia akan memulakan mengambil tempahan secara atas talian bagi telefon pintar tersebut mulai 20 April ini.

pra pendaftaran Samsung Galaxy S4

Digi Memulakan Pra-Pendaftaran Samsung Galaxy S4

Bagi mereka yang sudah tidak sabar untuk merasai sendiri kehebatan telefon pintar keluaran syarikat gergasi Korea tersebut, Digi telahpun membuka pra pendaftaran Samsung Galaxy S4 bermula pada hari Sabtu ini.

Walaubagaimanapun Digi tidak mengumumkan spesifikasi Samsung Galaxy S4 mana yang akan memasuki pasaran Malaysia atau samada kedua-duanya akan memasuki pasaran Malaysia. Ia bakal diumumkan pada hari pembukaan tempahannya.

Terdapat 2 variasi telefon pintar tesebut, satu dengan pemproses 8 core Exynos 1.6GHz (tanpa LTE) dan satu lagi dengan pemproses quad core 1.9GHz Qualcomm (dengan LTE).

Kedua-duanya dilengkapi 2GB RAM, skrin 5 inci HD penuh (1920×1080) Super AMOLED dengan kepadatan piksel 440ppi, kamera utama 13MP, kamera hadapan 2MP dan bateri 2,600 mAh. Terdapat pelbagai ciri-ciri yang menarik bagi membantu pengguna memudahkan kerja harian mereka .

Ujian yang dilakukan menunjukkan variasi dengan pemproses 8 core lebih laju berbanding variasi dengan pemproses quad core, dan dijangkakan model ini pasti mendapat banyak permintaan dari para pengguna di Malaysia. Sama-sama kita nantikan model yang mana bakal dijual bagi pasaran tempatan.

Bagi anda yang berminat dengan telefon pintar ini, anda boleh mendaftarkan minat anda dengan mengisi borang atas talian di laman web Digi.

UPDATE : Telah disahkan bahawa Digi menawarkan Samsung Galaxy S4 dengan pemproses 8 Core Exynos (tanpa LTE).

Tags: , ,

Pengarang: iMyn

 

Sebagai co-founder TechKini, iMyn menggemari gajet, peranti dan teknologi terkini serta meminati bidang kewartawanan dan melancong ke serata dunia. Memiliki latarbelakang pendidikan IT dari universiti terkemuka tempatan, beliau memiliki pengetahuan yang luas dalam menilai baik buruk sesebuah produk. Falsafah hidup beliau adalah, "beli jika benar-benar memerlukannya, jangan ikuti trend semasa membuta tuli".

 

Terkini Mengenai Telefon Bimbit

 

2 Comments

 

Add a comment

required

required

optional


 
 
 

Social Widget

 
 
 

Popular Minggu Ini

 
 
 
 

Ruangan Diskusi

  • iMyn: Actually admin pun pakai Apple, cuma kadang-kadang tension g…
  • Afif Zafri: statement last tu mmg buat apple fan boy butthurt hahaha. bt…
  • ismahasmi: amboi laju sangat. yang kita ni baru survey2 nak tengok jam …
  • Sembang Gajet: Kemungkinan pendrive tidak lagi digunakan pada masa akan dat…
  • iMyn: 2 dahun lagi kalau tak ada masalah melanda, ia akan launch. …
  • iMyn: Silakan …
  • Ekonetworks.com: thanks gan infonya , izin copas ke blog saya …
 
 

Ruangan Perkenalan