Google Now Kini Hadir Pada iOS

Google telah mengemaskini aplikasi pencariannya untuk iOS membolehkan pengguna iPhone dan iPad menggunakan Google Now. Aplikasi itu hampir sama pada kedua-dua peranti itu dengan mempunyai gaya antaramuka yang sama seperti yang dilihat pada aplikasi versi Android yang dilancarkan Jun tahun lepas.

Google Now

Google Now Kini Hadir Pada iOS

Untuk mereka yang belum pernah menggunakan Google Now, ia mendapatkan informasi daripada semua perkhidmatan Google dan memberikan anda informasi tanpa anda perlu memintanya. Sebagai contoh, ia akan mengingatkan anda untuk membawa payung apabila ramalan cuaca pada hari itu tidak baik.

Maklumat tersebut dipamerkan pada “kad-kad” kecil ataupun melalui notifikasi yang boleh dihilangkan dengan mudah selepas dibaca.

Walaubagaimanapun, sesetengah aplikasi seperti Activity Summary, Boarding Pass, Concerts dan Nearby Events tidak disertakan dalam versi iOS ini dan akan dimasukkan kemudian.

Jadi, kepada pengguna-pengguna peranti iOS, dapatkan aplikasi Google Now anda sekarang di App Store.

Tags: , ,

Pengarang: iMyn

 

Sebagai co-founder TechKini, iMyn menggemari gajet, peranti dan teknologi terkini serta meminati bidang kewartawanan dan melancong ke serata dunia. Memiliki latarbelakang pendidikan IT dari universiti terkemuka tempatan, beliau memiliki pengetahuan yang luas dalam menilai baik buruk sesebuah produk. Falsafah hidup beliau adalah, "beli jika benar-benar memerlukannya, jangan ikuti trend semasa membuta tuli".

 

Terkini Mengenai Telefon Bimbit

 
 

Add a comment

required

required

optional


 
 
 

Social Widget

 
 
 

Popular Minggu Ini

 
 
 
 

Ruangan Diskusi

  • iMyn: Dengar cerita, orang Korea Utara yang buat kerja hack ni...K…
  • iMyn: Ni kalau kat DirectD mesti blh dapat murah ni...tak lama lag…
  • wan hafizi bin wan zaid: saya nak …
  • kakipromo: pirates di mana-mana …
  • iMyn: Tu ar... Apple memang terkenal dengan strategi memerangkap p…
  • Wira Merah: Salah satu strategi apple untuk menambahkan pengguna MacBook…
  • iMyn: Depends juga lah, setakat ni, kebanyakan tempat saya gi ada …
 
 

Ruangan Perkenalan