Huawei Ascend Mate 6.1 Inci Kini Mula Dijual Di UK dan Di Malaysia Pada 30 Mei

Para pengguna phablet di UK boleh bergembira kerana mereka kini boleh mendapatkan telefon pintar 6.1 inci Huawei Ascend Mate tanpa kontrak pada harga GBP335 (RM1524+).

Huawei Ascend Mate

Huawei Ascend Mate 6.1 Inci Mula Dijual Di UK

Penjual persendirian Expansys kini menawarkan peranti 6.1 inci yang dilancarkan dalam bulan Januari lalu dan dinobatkan sebagai telefon pintar terbesar di dunia sebelum gelaran itu dirampas Samsung Galaxy Mega.

Telefon pintar ini dilengkapi pemproses quad core 1.5GHz, 2GB RAM Android 4.1 Jelly Bean, kamera utama 8MP di samping kamera hadapan 1MP dan skrin 6.1 inci dengan resolusi 1600 x 800 piksel. Ia juga dilengkapi kebolehan 4G LTE dan dikatakan boleh mencapai kelajuan rangkaian sepantas 150Mbps.

Untuk membolehkan skrin besarnya berfungsi untuk jangkamasa yang lama, ia dilengkapi bateri 4,050 mAh yang memberikannya masa berbuat selama 22 jam.

Namun pengguna telefon pintar harus menerima beberapa kelemahannya jika mahu memiliki telefon pintar HUawei Ascend Mate. Menurut tinjauan yang dilakukan sebuah portal teknologi, para pengujinya mengatakan ia mempunyai skrin dan jangkahayat bateri  yang baik, namun ia terlalu besar dan berat. Android skin Huawei pada antaramukanya juga sedikit hambar, menurut mereka lagi.

Sebagai pengguna yang bijak, ada baiknya jika anda menunggu kemunculan Samsung Galaxy Mega yang akan dilancarkan dalam bulan Julai/Ogos untuk membandingkan kedua-dua telefon pintar yang besar ini.

Huawei Ascend Mate akan dilancarkan di Malaysia pada 30 Mei ini, namun belum dapat dipastikan lagi harganya, namun mungkin tidak jauh berbeza daripada harganya di UK, iaitu  RM 1524+.

Tags: , ,

Pengarang: iMyn

 

Sebagai co-founder TechKini, iMyn menggemari gajet, peranti dan teknologi terkini serta meminati bidang kewartawanan dan melancong ke serata dunia. Memiliki latarbelakang pendidikan IT dari universiti terkemuka tempatan, beliau memiliki pengetahuan yang luas dalam menilai baik buruk sesebuah produk. Falsafah hidup beliau adalah, "beli jika benar-benar memerlukannya, jangan ikuti trend semasa membuta tuli".

 

Terkini Mengenai Telefon Bimbit

 
 

Add a comment

required

required

optional


 
 
 

Social Widget

 
 
 

Popular Minggu Ini

 
 
 
 

Ruangan Diskusi

  • iMyn: Hmm...RM2K susah sikit kot. Untuk harga tu, paling tinggi cu…
  • amri: As salam, Sy nk brtnya n minta pndapat, skarng dlm prose…
  • iMyn: Tepat sekali. Kalau kat malaysia, start pukul 1 pagi hingga …
  • Adi Azudin: Saya dah rujuk, itu maksudnya pukul 6ptg di Berlin. Acaranya…
  • iMyn: Ada banyak laman media di US dan UK dah mendapat jemputen ke…
  • Adi Azudin: Hai IMYN, Daripada mana anda dapat info acara media ini ber…
  • sahir: what is the price of this item …
 
 

Ruangan Perkenalan