Huawei Ascend W2 Bukan Lagi Rahsia

Huawei Ascend W2 sememangnya antara telefon pintar yang paling banyak dibocorkan sebelum ia dilancarkan dan kini ia dilhat dipamerkan pada Mobile Asia Expo 2013.

AscendW2-LEAK-03-580-75

Huawei Ascend W2 Bukan Lagi Rahsia

Huawei Ascend W2 dilihat dipamerkan di Mobile Asia Expo 2013 di China lengkap dengan senarai spesifikasi dan 3 warna peranti iaitu merah, kuning dan biru.

Butiran yang disertakan dengan telefon pintar ini menunjukkan ia dilengkapi pemproses dual core 1.4GHz dan 512MB RAM yang menjalankan Windows Phone 8 pada skrin WVGA 4.3 incinya itu. Terdapat 8 GB ruang storan pada telefon pintar berukuran 134 x 66.7 x 9.9 mm itu dan Huawei mendakwa ia dilengkapi bateri yang tahan lama.

Ascend W2

Menurut dokumentasi yang disertakan dengan telefon pintar ini, ia dikatakan “Telefon pintar kos rendah pertama dengan WP8 untuk TD”. Walaubagaimanapun Nokia Lumia 520 dan Ascend W1, kedua-duanya merupakan telefon pintar yang berkos rendah, namun “untuk TD” mungkin merujuk kepada frekuensi yang digunakan di China yang tidak disokong kedua-dua telefon pintar yang lain itu.

Huawei masih belum melancarkan Ascend W2 secara rasmi, namun dijangka pelancarannya hanya menunggu masa sahaja berdasarkan jumlah maklumat yang disebarkan mengenai telefon pintar tersebut kepada umum.

Huawei bagaimanapun tidak mengumumkan harga atau tarikh ia akan mula dijual di China dan negara-negara luar.

Sumber : PocketNow

Tags: , ,

Pengarang: iMyn

 

Sebagai co-founder TechKini, iMyn menggemari gajet, peranti dan teknologi terkini serta meminati bidang kewartawanan dan melancong ke serata dunia. Memiliki latarbelakang pendidikan IT dari universiti terkemuka tempatan, beliau memiliki pengetahuan yang luas dalam menilai baik buruk sesebuah produk. Falsafah hidup beliau adalah, "beli jika benar-benar memerlukannya, jangan ikuti trend semasa membuta tuli".

 

Terkini Mengenai Telefon Bimbit

 
 

Add a comment

required

required

optional


 
 
 

Social Widget

 
 
 

Popular Minggu Ini

 
 
 
 

Ruangan Diskusi

  • iMyn: Nampaknya tekanan dari pengguna berjaya memaksa Mikrosoft me…
  • jep wan: Ok lah tu kalo dah ada start button tu. xder la kekok sgt nk…
  • iMyn: Kalau tak betul skrin besar ni, mesti orang dah taknak beli …
  • ayatollah: Hmmm...., harapan palsu atau memang betul2 Apple nak bagi sk…
  • iMyn: Byk jugak org jual sekarang. Tak silap groupon ada jual hari…
  • azrizam: best...rasa nk beli …
  • iMyn: Tak boleh. Dia ada fixed wide lens. …
 
 

Ruangan Perkenalan