Telefon Pintar

Jangkahayat Bateri Galaxy S6 Membimbangkan?

Samsung Galaxy Alpha

Masalah yang timbul dalam pembangunan telefon pintar yang lebih nipis ialah komponen dalamannya juga perlu dikecilkan dan itu bukan suatu tugas yang mudah. Itu mungkin sebabnya mengapa Samsung dikatakan akan meletakkan bateri 2,600mAh ke dalam telefon pintar terbarunya, Galaxy S6.

Samsung Galaxy Alpha

Jangkahayat Bateri Galaxy S6 Membimbangkan?

Samsung dikatakan akan melengkapkan telefon pintar terbarunya, Galaxy S6, dengan bateri 2,600mAh, iaitu bateri yang lebih kecil dari bateri 2,800mAh dalam Galaxy S5 sebelumnya. Ini akan mendatangkan kerisauan kepada bakal pembeli mengenai jangkahayat baterinya dan kebimbangan ini memang munasabah apabila menimbang ciri-ciri telefon pintar ini.

Mengeruhkan lagi keadaan, baterinya dikatakan tidak boleh digantikan kerana penggunaan rekabentuk unibody yang menyebabkan ketiadaan penutup belakang yang boleh dibuka untuk menggantikan baterinya. Tambahan pula skrin yang mempunyai resolusi lebih tinggi, 1440 x 2560, tidak menyumbang kepada pengurangan penggunaan tenaga.

Kebimbangan ini disuarakan satu sumber yang tidak diketahui reputasinya dari Korea Selatan, namun pengeluar telefon tersebut tentunya perlu melakukan sesuatu untuk membolehkan penggunaan rekabentuk badan unibody yang diharapkan itu dan mengecilkan bateri adalah perkara paling mudah untuk dilakukan.

Walaubagaimanapun, dari segi positif pula, cip SoC Exynos 7420 yang akan dilengkapkan pada Galaxy S6 ini dikatakan lebih efisyen dalam penggunaan tenaga membolehkan telefon pintar itu bertahan lebih lama dengan sekali cas walaupun bateri itu lebih kecil dari dahulu.

Apa pun, segalanya akan didedahkan dalam dua minggu lagi apabila peranti ini akhirnya dilancarkan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top