Lenovo K900 : Telefon Pintar Intel Clover Trail Pertama

Sejak beberapa bulan lalu, berita mengenai pemproses Intel bervoltan ultra rendah dengan nama kod Clover Trail+ telah hangat diperkatakan dan Lenovo K900 merupakan telefon pintar pertama mengunakan teknologi pemproses itu.

Lenovo K900

Lenovo K900

Perkara pertama yang akan anda sedari mengenai telefon pintar ini ialah saiz skrin yang besar. Dengan skrin sebesar 5.5 inci, Lenovo K900  tergolong dalam kategori Phablet (Phone + tablet) bersama phablet lain seperti Samsung Galaxy Note 2 dan LG Intuition.

Selain saiznya yang besar, skrin ini cantik dipandang dengan warnanya yang jelas dan natural. Skrin in mempunyai resolusi 1080p dan mempunyai kepadatan piksel melebihi 400ppi, sesuatu yang menakjubkan.

Ia mempunyai profil senipis 6.9mm, yang merupakan sesuatu yang  baik memandangkan saiz keseluruhannya yang besar. Chasisnya yang diperbuat daripada keluli tahan karat membuatkan Lenovo K900 kelihatan kemas, bergaya di samping memberikan rasa kukuh padanya.

Intel Inside

Ciri paling menarik pada Lenovo K900 ialah ia menggunakan pemproses Z2580 2GHz dual-core, di mana ia sebahagian daripada platform Clover Trail+ yang memberikan kelancaran pada setiap aplikasi yang dijalankan.

Antara ciri lain adalah OS Android 4.1.2, kamera 13MP, ruang simpanan 16GB, pemain media, dan beberapa perisian produktiviti. Lenovo K900 menyokong rangkaian GSM dan 3G namun tidak menyokong 4G, yang mana akan menjadikannya tidak releven di pasaran US dan juga di Malaysia di mana rangkaian 4G LTE sudah mula mendapat tempat.

Belum ada maklumat yang dikeluarkan mengenai harga dan tarikh ia akan mula dijual walaupun dikhabarkan akan mula dijual di China tidak berapa lama lagi.

Tags: , ,

Pengarang: iMyn

 

Sebagai co-founder TechKini, iMyn menggemari gajet, peranti dan teknologi terkini serta meminati bidang kewartawanan dan melancong ke serata dunia. Memiliki latarbelakang pendidikan IT dari universiti terkemuka tempatan, beliau memiliki pengetahuan yang luas dalam menilai baik buruk sesebuah produk. Falsafah hidup beliau adalah, "beli jika benar-benar memerlukannya, jangan ikuti trend semasa membuta tuli".

 

Terkini Mengenai Telefon Bimbit

 
 

Add a comment

required

required

optional


 
 
 

Social Widget

 
 
 

Popular Minggu Ini

 
 
 
 

Ruangan Diskusi

  • iMyn: Tu ar... Apple memang terkenal dengan strategi memerangkap p…
  • Wira Merah: Salah satu strategi apple untuk menambahkan pengguna MacBook…
  • iMyn: Depends juga lah, setakat ni, kebanyakan tempat saya gi ada …
  • Izatul Fitriah: kalau di kawasan kampung,YES ni dapat liputan atau tidak? …
  • iMyn: Actually admin pun pakai Apple, cuma kadang-kadang tension g…
  • Afif Zafri: statement last tu mmg buat apple fan boy butthurt hahaha. bt…
  • ismahasmi: amboi laju sangat. yang kita ni baru survey2 nak tengok jam …
 
 

Ruangan Perkenalan