LG Pocket Photo : Cetak Terus Dari Telefon Pintar Anda

Dahulu, cara paling mudah untuk mendapatkan sekeping gambar yang dicetak terus ialah dengan menggunakan kamera Poloroid atau kamera Fuji Film yang boleh mencetak terus gambar yang diambil. Namun dengan kemajuan teknologi, LG telah menghasilkan sebuah printer mudah alih LG Pocket Photo yang boleh mencetak terus gambar pada telefon pintar anda.

LG Pocket Photo

LG Pocket Photo

Printer comel yang didatangkan dalam tiga warna (merah jambu, perak dan oren) ini telah dilancarkan di Korea pada bulan September tahun lepas namun tidak diperkenalkan di Amerika. Berukuran  4.76-inci tinggi, 2.83-inci lebar, dan 0.94-inci tebal, printer ini menyerupai Polaroid’s PoGo Instant Mobile Printer tetapi berbeza dari segi cara memindahkan gambar. Untuk menghantar gambar dari telefon pintar ke printer LG Pocket Photo menggunakan teknologi NFC berbanding printer Polaroid yang menggunakan Bluetooth.

Disamping perlu mempunyai telefon pintar NFC, pengguna harus memuat turun app  LG Pocket Photo untuk menggunakannya. App ini boleh mengambil gambar menggunakan kemera telefon pintar, mengedit dan jika pengguna mahu, ia boleh menghasilkan kod QR untuk dicetak.

Untuk mencetak, printer ini menggunakan teknologi kertas Zink atau Zero Ink. Printer LG Pocket Photo memanaskan kristal pewarna yang tertanam dalam kertas tersebut dan menyebabkan ia bertukar warana mengikut foto yang ingin dicetak.

Foto yang dicetak berukuran 2 x 3 inci dan walaupun gambarnya tidak sejelas dan setajam berbanding jika diproses di kedai foto atau dicetak dengan printer berkualiti tinggi, gambar secara umumnya masih dalam fokus dan mudah dikenalpasti.

Apa yang menakjubkan ialah betapa mudah dan cepatnya untuk mencetak sekeping gambar. Selepas dicas secukupnya, printer tersebut mudah alih dan walaupun ia mengambil beberapa saat untuk menghantar gambar ke printer, proses dan app yang digunakan sangat mesra pengguna.

Jika anda mahukan gambar yang berkualiti tinggi untuk dijadikan potret keluarga yang digantung di dinding, ini bukan printer untuk anda. Tetapi jika anda kerap mengahadiri atau mengadakan acara sosial, ia boleh menjadi peralatan yang berguna bagi hadirin yang inginkan gambar segera.

 

Tags: , ,

Pengarang: iMyn

 

Sebagai co-founder TechKini, iMyn menggemari gajet, peranti dan teknologi terkini serta meminati bidang kewartawanan dan melancong ke serata dunia. Memiliki latarbelakang pendidikan IT dari universiti terkemuka tempatan, beliau memiliki pengetahuan yang luas dalam menilai baik buruk sesebuah produk. Falsafah hidup beliau adalah, "beli jika benar-benar memerlukannya, jangan ikuti trend semasa membuta tuli".

 

Terkini Mengenai Telefon Bimbit

 
 

Add a comment

required

required

optional


 
 
 

Social Widget

 
 
 

Popular Minggu Ini

 
 
 
 

Ruangan Diskusi

  • iMyn: Tecknologi ni kalau nak dikejar, penat bro. Setiap hari ada …
  • ismahasmi: amboi laju sangat. yang kita ni baru survey2 nak tengok jam …
  • Sembang Gajet: Kemungkinan pendrive tidak lagi digunakan pada masa akan dat…
  • iMyn: 2 dahun lagi kalau tak ada masalah melanda, ia akan launch. …
  • iMyn: Silakan …
  • Ekonetworks.com: thanks gan infonya , izin copas ke blog saya …
  • taqi: canggihnyer....seronok la klaw dapat ni...hehe …
 
 

Ruangan Perkenalan