Microsoft Mengumpan Pengguna Android Dengan “Switch To Windows Phone”

Microsoft akan melancarkan satu aplikasi di Google Play disasarkan kepada pengguna Android yang bercadang untuk bertukar kepada Windows Phone. Aplikasi tersebut dinamakan “Switch to Windows Phone”.

Switch To Windows Phone

Microsoft Mengumpan Pengguna Android Dengan “Switch To Windows Phone”

Microsoft telah bekerjasama dengan pembagun aplikasi Quixley untuk membangunkan aplikasi Android tersebut yang boleh mengesan dan mencadangkan aplikasi Windows Phone alternatif kepada aplikasi yang dipasang pada telefon pintar Android anda.

Walaupun ia tidak menjamin akan menjumpai aplikasi yang sama, ia boleh mencadangkan aplikasi yang mempunyai fungsi yang lebih kurang sama dengan aplikasi Android anda.

Aplikasi ini akan memaparkan semua aplikasi alternatif dan menyimpannya dalam akaun SkyDrive pengguna. Apabila pengguna log masuk ke dalam peranti Windows Phone, semua aplikasi tersebut akan dimuat-turun secara automatik ke dalam telefon pintar Windows Phone pengguna. Walaupun ia kelihatan seperti muslihat untuk mengumpan pengguna, tetapi bagi pengguna yang memang mahu mencuba, ia satu aplikasi yang berguna.

Tahun lalu, Microsoft menjalankan kempen pengiklanan “smoked by a Windows Phone” dalam usaha menarik minat pengguna Android untuk bertukar kepada Windows Phone. Dalam siri video tersebut pengguna-pengguna telefon pintar Android dicabar untuk melakukan tugasan harian mereka pada telefon pintar Android lebih pantas daripada “jurujual” Windows Phone, Ben Rudolph.

Dalam Windows Phone blog, beliau telah mengatakan bahawa sebanyak 50,000 telefon pintar telah dikalahkan oleh Windows Phone dari masa acara CES 2012 sehinggalah masa pos blog tersebut diterbitkan dengan kadar kemenangan sebanyak 98% kepada pasukan Microsoft.

Walaubagaimanapun, jika dilihat pada penguasaan pasaran, lain pula kisahnya. Android masih menguasai 60% pasaran telefon pintar manakala Windows Phone hanya mendapat 5%, walaupun angka ini berlainan sedikit mengikut negara berlainan di dunia.

Apa pun, buatlah pilihan terbaik ketika mendapatkan telefon pintar untuk keperluan seharian anda. Adalah satu idea yang baik untuk cuba menggunakan satu telefon pintar sebelum membelinya, namun kekalkan satu minda terbuka apabila menilai.

Akhir sekali, sekadar hiburan, tontonilah video mengenai persaingan Apple, Android dan Windows Phone.

Tags: , ,

Pengarang: iMyn

 

Sebagai co-founder TechKini, iMyn menggemari gajet, peranti dan teknologi terkini serta meminati bidang kewartawanan dan melancong ke serata dunia. Memiliki latarbelakang pendidikan IT dari universiti terkemuka tempatan, beliau memiliki pengetahuan yang luas dalam menilai baik buruk sesebuah produk. Falsafah hidup beliau adalah, "beli jika benar-benar memerlukannya, jangan ikuti trend semasa membuta tuli".

 

Terkini Mengenai Telefon Bimbit

 
 

Add a comment

required

required

optional


 
 
 

Social Widget

 
 
 

Popular Minggu Ini

 
 
 
 

Ruangan Diskusi

  • iMyn: Harap-harap ia akan tiba di Malaysia tak lama lagi. Namun, n…
  • Mdzalwan: harga rendah dengan specs tinggi/cyanogen mode..my next smar…
  • hafiz: Aku mau tanga nvidia tegra note 7 ada malaysia …
  • iMyn: Nampaknya tekanan dari pengguna berjaya memaksa Mikrosoft me…
  • jep wan: Ok lah tu kalo dah ada start button tu. xder la kekok sgt nk…
  • iMyn: Kalau tak betul skrin besar ni, mesti orang dah taknak beli …
  • ayatollah: Hmmm...., harapan palsu atau memang betul2 Apple nak bagi sk…
 
 

Ruangan Perkenalan