Telefon Pintar

Nokia 6: Telefon Pintar Android Terbaharu Nokia

Seperti yang diuar-uarkan sebelum ini, Nokia mengumumkan ia akan kembali semula ke pasaran telefon pintar pada tahun ini dengan telefon pintar Android. Kini, pemilik jenama Nokia, HMD Global, memperkenalkan Nokia 6, telefon pintar Android yang hangat diperkatakan itu.

Nokia 6: Telefon Pintar Android Terbaharu Nokia

Nokia 6 menjalankan Android 7.0 Nougat dan dilengkapi skrin HD penuh 5.5 inci yang dilindungi 2.5D Gorilla Glass. Ia dikuasakan SoC Qualcomm Snapdragon 430 di samping 4GB RAM dan ruang storan dalaman 64GB. Telefon pintar dwi-SIM ini juga dilengkapi bateri 3000mAh yang tidak boleh ditanggalkan.

Badan unibodynya diperbuat daripada aluminium dan butang home padanya dilengkapi pengimbas cap jari. Dari segi kamera pula, ia dilengkpai kamera utama 20MP dengan lensa f/2.0 dengan pengsan fasa, fokus auto dan flash dwi-tona. Kamera hadapannya pula 8MP dengan lensa f/2.0. Telefon pintar ini juga dilengkapi speaker dwi-amplifier dengan teknologi Dolby Atmos untuk bunyi yang lebih kuat.

HMD Global tidak mengumumkan secara spesifik perisian yang akan digunakan di dalam telefon pintar ini, tetapi dari spekulasi yang kedengaran, ia dikatakan akan menampilkan pengalaman Android stok padanya.

Nokia 6 hanya dipasarkan di China pada harga CNY1699 bermula awal tahun ini (tiada tarikh spesifik) tetapi malangnya syarikat pengeluar telefon pintar itu tidak bercadang untuk memasarkannya di negara-negara selain China. Mungkinkah mereka mempunyai satu atau dua lagi model untuk pasaran luar? Mungkinkah juga hasil Nokia 6 ini akan digunakan untuk proses pembangunan telefon pintar tersebut? Lebih banyak akan diketahui dalam minggu-minggu akan datang.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top