Pakej Komunikasi Belia Maxis

Maxis juga turut serta dalam skim Pakej Komunikasi Belia walaupun sedikit lewat daripada telco lain. Namun begitu tawarannya tidak kurang hebatnya. Tawaran diletakkan kebanyakkannya di bawah jenama Hotlink, walaupun terdapat juga plan postpaid.

Pakej Komunikasi Belia

Pakej Komunikasi Belia Maxis

Tawaran Pakej Komunikasi Belia yang ditawarkan Maxis terbahagi kepada dua iaitu tawaran prepaid dan postpaid. Secara umumnya tawaran postpaid lebih mahal daripada tawaran postpaid yang menerima subsiti tambahan disebabkan ia melibatkan kontrak.

Terdapat 6 jenis telefon pintar di bawah tawaran prepaid Pakej Komunikasi Belia Maxis.

Pakej Komunikasi Belia

Tawaran postpaid Pakej Komunikasi Belia Maxis pula menawarkan 4 jenis telefon pintar.

Pakej Komunikasi Belia

Samsung Galaxy Y menjadi telefon pintar paling popular yang ditawarkan dengan Pakej Komunikasi Belia di mana semua telco menawarkan telefon pintar ini kepada belia yang layak terutamanya pada harga yang begitu rendah. Maxis juga menawarkan pakej iPhone 5, di mana tiada telco yang lain menawarkannya setakat ini. Tambahan pula ia ditawarkan dengan pakej prepaid dan postpaid.

Untuk tawaran postpaid, butiran plan panggilan yang ditawarkan adalah seperti berikut :

iValue 1

iValue 1
Kadar Bulanan RM100
Penggunaan data percuma 2GB
Maxis WiFi 4GB
Jumlah Peruntukkan Penggunaan Bulanan 
Panggilan 333 mins
SMS 200 SMS
MMS 20 MMS
Kadar Panggilan
Panggilan Rangkaian Sama 15sen
Rangkaian Lain 15 sen
SMS Rangkaian Sama 10 sen
Rangkaian Lain 10 sen
MMS Rangkaian Sama 25 sen
Rangkaian Lain 50 sen
  • Percuma 10GB Maxis Locker ruang simpanan cloud untuk 1 tahun.
  • Percuma 2 bulan langganan One Music

Surfmore 75

Surfmore 75
Komitmen Bulanan RM75
Jumlah data 5GB
Kadar Panggilan
Panggilan Rangkaian Sama RM0.12
Rangkaian Lain RM0.20
SMS Rangkaian Sama RM0.05
Rangkaian Lain RM0.15
Tawaran Khas Penggunaan
25% Diskaun ke atas komitmen Apabila penggunaan melebihi RM150
100% Diskaun ke atas komitmen Apabila penggunaan melebihi RM250

Talkmore 28

Talkmore 28
Kadar Bulanan RM28
Penggunaan data percuma 200MB
Jumlah Peruntukkan Penggunaan Bulanan 
Panggilan 200 mins
SMS 100 SMS
Kadar Panggilan
Panggilan
+
SMS
(per min/SMS)
Rangkaian Sama 12 sen
Rangkaian Lain 15 sen
Apabila Bil Mencapai RM75
Panggilan
+
SMS
(per min/SMS)
Rangkaian Sama 6 sen
Rangkaian Lain 15 sen

Secara keseluruhan, tawaran Pakej Komunikasi Belia Maxis nampak agak menarik terutamanya dengan kepelbagaian dari segi tawaran postpaid dan juga pilihan telefon pintar yang merangkumi telefon pintar peringkat kos rendah, sederhana dan premium. Tetapi Maxis mempunyai reputasi mengenekan bayaran tinggi untuk penggunaan internet yang melebihi quota, jadi anda perlu berhati-hati di situ.

Seperti biasa, pilihan terakhir terletak di tangan anda sebagai pengguna.

Tags: , ,

Pengarang: iMyn

 

Sebagai co-founder TechKini, iMyn menggemari gajet, peranti dan teknologi terkini serta meminati bidang kewartawanan dan melancong ke serata dunia. Memiliki latarbelakang pendidikan IT dari universiti terkemuka tempatan, beliau memiliki pengetahuan yang luas dalam menilai baik buruk sesebuah produk. Falsafah hidup beliau adalah, "beli jika benar-benar memerlukannya, jangan ikuti trend semasa membuta tuli".

 

Terkini Mengenai Telefon Bimbit

 

2 Comments

 

Add a comment

required

required

optional


 
 
 

Social Widget

 
 
 

Popular Minggu Ini

 
 
 
 

Ruangan Diskusi

  • iMyn: Depends juga lah, setakat ni, kebanyakan tempat saya gi ada …
  • Izatul Fitriah: kalau di kawasan kampung,YES ni dapat liputan atau tidak? …
  • iMyn: Actually admin pun pakai Apple, cuma kadang-kadang tension g…
  • Afif Zafri: statement last tu mmg buat apple fan boy butthurt hahaha. bt…
  • ismahasmi: amboi laju sangat. yang kita ni baru survey2 nak tengok jam …
  • Sembang Gajet: Kemungkinan pendrive tidak lagi digunakan pada masa akan dat…
  • iMyn: 2 dahun lagi kalau tak ada masalah melanda, ia akan launch. …
 
 

Ruangan Perkenalan