Share

Qualcomm Menjanjikan Pemproses Snapdragon 800 Menyokongan Video 4K

Walaupun pemproses Snapdragon 600 yang dipasang pada Galaxy S4 dan HTC One merupakan antara pemproses terpantas di pasaran, Qualcomm tampil dengan pemproses Snapdragon 800 yang menyokong video 4K dan akan dilancarkan dalam bulan hadapan.

Snapdragon 800

Qualcomm Menjanjikan Pemproses Snapdragon 800 Menyokongan Video 4K

Pemproses yang dijadualkan akan dilancarkan pada bulan hadapan walaubagaimanapun, tidak akan berada di pasaran serta merta. Jadi pengguna terpaksa menunggu sedikit masa lagi untuk melihat pemproses 2.3GHz ini dilengkapkan pada peranti mudah-alih. Walaupun syarikat itu telahpun mempunyai prototaip, ia tidak membenarkan mana-mana pihak mengujinya sehingga bulan Jun.

Apa yang anda akan boleh jangkakan untuk pemproses baru ini adalah ia mempunyai 4 core yang berfungsi pada frekuensi yang berbeza untuk menjimatkan tenaga. 2 core berfungsi untuk menjalankan proses yang berat manakala dua lagi untuk melakukan tugasan yang lain.

Ia juga dilengkapi GPU Adreno 330 yang bermakna telefon pintar generasi akan datang berupaya memainkan video 4K pada kadar 30fps. Walaupun kebolehan memainkan video 4K tidaklah bergitu penting pada pengguna biasa, pada keseluruhannya, ia masih sebuah pemproses yang hebat dan tentunya mempunyai kelebihan yang akan diekploitasi oleh pembangun aplikasi kelak.

Dikhabarkan juga LG Optimus G2 akan menjadi telefon pintar pertama dilengkapi pemproses ini, namun kita perlu menunggu sehingga pelancarannya untuk mengetahui lebih lanjut.

Sumber : Endgaget

Leave a Comment