Samsung Akan Melancarkan Versi Galaxy S4 Lasak

Samsung Galaxy S4 yang dilancarkan secara rasmi hujung minggu lepas sebenarnya belum dilancarkan lagi di semua negara di dunia, namun khabar angin mengenai versi Galaxy S4 lasak telahpun mula tersebar.

Galaxy S4 Lasak

Samsung Akan Melancarkan Versi Galaxy S4 Lasak

Laporan awal tersebut telah mendapat pengesahan apabila beberapa sumber memberitahu Wall Street Journal bahawa Samsung sememangnya sedang membangunkan versi Galaxy S4 lasak.

Telefon pintar ini disasarkan kepada para pelanggan yang memerlukan peranti yang lebih lasak. Namun bagi pengguna biasa yang biasanya cuai dalam pengendalian telefon pintar, mereka juga merupakan sasaran pengguna bagi telefon pintar sebegini lasak.

Namun, khabar angin tidak terhenti di situ sahaja. Terdapat juga berita mengenai sebuah tablet 8 inci baru yang akan dikeluarkan Samsung pada bulan Jun dan Samsung Galaxy S4 Mini pada bulan Julai.

Dengan tempahan Galaxy S4 mencapai tahap yang tidak mampu dipenuhi Samsung, Galaxy S4 lasak dan S4 Mini itu dijangka akan meringankan permintaan terhadap Galaxy S4 tersebut. Tambahan pula, apabila tempahan Galaxy S4 akhirnya dapat dipenuhi, tarikh pelancaran produk-produk S4 baru itu telahpun hampir.

Tablet 8 inci yang disebut itu akan memenuhi pasaran yang berada antara tablet 7 inci dan 10.1 inci Samsung yang sudah sedia ada. Ia mungkin dikaitkan dengan Samsung Galaxy Tab 3 yang menurut laporan akan dikeluarkan dalam model 8 inci dan 10.1 inci.

Spesifikasi yang dikhabarkan untuk Galaxy Tab 3 8.0 ialah skrin 1280 x 800, pemproses 1.5GHz dual-core, 2GB RAM dan bateri 4,500mAh. Namun samada tablet yang disebut dalam laporan Wall Street Journal itu adalah tablet yang sama tidak dapat dipastikan.

Walaupun Samsung Galaxy S4 mengalami kekurangan bekalan, ia masih lagi mampu menjualnya dalam jumlah yang banyak dan dengan tambahan model-model baru itu, ia hanya akan membantu Samsung meninggalkan pesaing terdekatnya, Apple dengan jurang yang lebih besar.

Bagi anda yang merancang mendapatkan Galaxy S4, mungkin baik untuk anda menantikan kemunculan model Galaxy S4 tahan lasak samada ianya lebih berbaloi berbanding model yang asal. Namun jika anda tidak mahu menunggu, anda bolehlah meneruskan pembelian anda memandangkan Galaxy S4 sememangnya satu telefon pintar yang hebat.

Tags: , ,

Pengarang: iMyn

 

Sebagai co-founder TechKini, iMyn menggemari gajet, peranti dan teknologi terkini serta meminati bidang kewartawanan dan melancong ke serata dunia. Memiliki latarbelakang pendidikan IT dari universiti terkemuka tempatan, beliau memiliki pengetahuan yang luas dalam menilai baik buruk sesebuah produk. Falsafah hidup beliau adalah, "beli jika benar-benar memerlukannya, jangan ikuti trend semasa membuta tuli".

 

Terkini Mengenai Telefon Bimbit

 
 

Add a comment

required

required

optional


 
 
 

Social Widget

 
 
 

Popular Minggu Ini

 
 
 
 

Ruangan Diskusi

  • iMyn: Depends juga lah, setakat ni, kebanyakan tempat saya gi ada …
  • Izatul Fitriah: kalau di kawasan kampung,YES ni dapat liputan atau tidak? …
  • iMyn: Actually admin pun pakai Apple, cuma kadang-kadang tension g…
  • Afif Zafri: statement last tu mmg buat apple fan boy butthurt hahaha. bt…
  • ismahasmi: amboi laju sangat. yang kita ni baru survey2 nak tengok jam …
  • Sembang Gajet: Kemungkinan pendrive tidak lagi digunakan pada masa akan dat…
  • iMyn: 2 dahun lagi kalau tak ada masalah melanda, ia akan launch. …
 
 

Ruangan Perkenalan