Telefon Bimbit

Tarikh Jualan LG G6 Bocor ke Web

LG G6 akan dilancarkan dalam masa beberapa minggu sahaja lagi, namun tarikh ia mula dijual di US dan Korea Selatan dikatakan telah bocor ke web. Telefon pintar baharu LG itu dilaporkan akan mula dijual di US bermula 7 April, kurang sebulan selepas ia dilaporkan akan mula dijual di Korea Selatan, iaitu pada 9 Mac.

Tarikh Jualan LG G6 Bocor ke Web

Laporan ini dibuat oleh pembocor maklumat teknologi terkenal Even Blass VentureBeat yang telah membaca dokumen-dokumen perancangan LG. Butiran mengenai telefon pintar itu telah banyak dibocorkan kebelakangan ini termasuk beberapa gambar peranti tersebut, namun tarikh ia mula dijual tidak diperolehi sehingga ia didedahkan hari ini.

Walaubagaimanapun, dokumen-dokumen berkenaan tidak mendedahkan bila telefon pintar ini akan dipasarkan di Malaysia atau Asia tenggara.

Pelancaran jualan pada bulan April bukan suatu yang asing bagi LG memandangkan dua buah telefon pintar utamanya sebelum ini dilancarkan pada bulan April. Dunia akan dapat melihat peranti tersebut secara rasmi buat pertama kalinya sebelum acara MWC 2017 di Barcalona, di acara sidang media LG pada 26 Februari ini.

LG G6 dilaporkan berbeza dari LG G5 yang menampilkan rekabentuk modular, tetapi secara komersil, ia gagal. Antara spesifikasi G6 adalah skrin dengan aspect ratio 18:9, bingkai skrin yang sangat nipis, badan logam sepenuhnya dan rekabentuk kalis air.

Tarikh mula jualan G6 ini amat penting kerana pesaing utamanya, Samsung, dijangka akan hanya memulakan jualanan telefon pintar terbaharunya Galaxy S8 lewat bulan April. Ini bermakna LG akan berada dipasaran tanpa pesaing selama beberapa minggu.

Masa ini mungkin penting baginya memandangkan G6 dilaporkan tidak dilengkapi pemproses terbaharu Snapdragon 835, sebaliknya menggunakan pemproses yang lebih lama iaitu Snapdragon 821.

Apapun, lebih banyak maklumat akan diperolehi menjelang acara MWC 2017 nanti.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top