Share

Aplikasi Viber Untuk Android Boleh Menyebabkan Penggodaman

Aplikasi panggilan dan permesejan percuma, Viber untuk Android mungkin akan menyebabkan penggodam mendapat akses kepada telefon pintar anda dengan melangkaui lock screen.

Viber untuk Android

 

Aplikasi Viber Untuk Android Boleh Menyebabkan Penggodaman

Kelemahan keselamatan telah dikenalpasti melalui sebuah syarikat keselamatan Vietnam yang mengatakan kelemahan itu membolehkan penggodam melangkaui lock screen dan seterusnya mengakses kawalan telefon dan segala maklumat yang terkandung di dalamnya.

Seperti Skype, Viber membolehkan pengguna membuat panggilan dan menghantar mesej menggunakan sambungan data dan mengelakkan penggunaan masa panggilan atau kredit panggilan pada plan telco pengguna.

Serangan penggodam dibuat dengan menggunakan mesej dan panggilan yang dibuat ke telefon mangsa. Ia mengeksploitasi fungsi di mana Viber membenarkan pengguna menjawab mesej melalui skrin popup tanpa perlu membuka kunci telefon tersebut terlebih dahulu.

Menurut syarikat keselamatan tersebut, cara Viber membalas mesej melalui popup itu agak pelik dan menyebabkan ia gagal mengawal logik pengaturcaraan seterusnya menyebabkan kemunculan ralat ini.

Viber telah sedia maklum mengenai kelemahan ini dan sedang dalam proses memperbaiki masalah ini. Dalam masa itu, para pengguna Viber dinasihatkan mematikan fungsi ‘unlock for popups’ dalam menu settings bagi mengelakkan sebarang penggodaman yang tidak diingini.

Untuk memuat turun versi Viber yang telah mengatasi masalah tersebut, sila ikuti pautan ini.

Leave a Comment