Telefon Pintar

Video Menunjukkan Samsung Galaxy S8 Bocor

Masih ada berbaki lebih kurang sebulan sebelum telefon pintar Samsung Galaxy S8 akan dilancarkan, ia tidak menghalang sesetengah orang dari membocorkan telefon pintar tersebut. Menurut Phone Arena, dua video menunjukkan telefon pintar tersebut telah bocor.

Samsung Galaxy S8

Video Menunjukkan Samsung Galaxy S8 Bocor

Video pertama dipercayai bukan sahaja menunjukkan telefon pintar Samsung Galaxy S8, malah turut menampilkan Galaxy S8 Plus yang dibocorkan Slashleaks. Video itu menunjukkan dua buah telefon pintar itu diletakkan bersebelahan, menunjukkan perbezaan saiz antaranya, port dan rekabentu hadapannya.

Video kedua diperolehi dari laman Youtube MobileFun. Meraka mendakwa video itu menunjukkan keyboard S8, termasuk butang digital di bahagian bawah skrin sebagai ganti tiga butang yang menjadi kebiasaan pada telefon pintar siri-S.

Walaubagaimanapun, video ini diambil dalam bentuk portrait, jadi, terdapat kawasan hitam di bahagian kiri dan kanan video tersebut.

Apa pun kesnya, video-video ini sedikit- sebanyak selari dengan khabar angin yang disebarkan mengenai telefon pintar tersebut. Namun berpada-padalah dalam mempercayainya kerana ia mungkin juga tidak benar atau model prototaip dan bukan model jualan.

Mengenai bilakah pengumuman rasmi mengenai peranti ini akan dibuat, Samsung akan mengadakan satu acara pelancaran yang akan diadakan pada 29 Mac di mana dipercayaai telefon pintar itu akan diperkenalkan. Kita nantikan acara itu nanti untuk mendapat kepastian yang muktamad.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top