Telefon Bimbit

ZTE Memperlihatkan Gigabit Phone Sebelum MWC 2017

ZTE sememangnya memandang jauh ke hadapan dengan mengumumkan telefon pintar sedia 5G (atau digelar juga Gigabit LTE) pertama keluarannya, yang juga dinamakan Gigabit Phone, akan dipamerkan di acara MWC 2017 yang akan diadakan lebih kurang seminggu lagi.

ZTE Memperlihatkan Gigabit Phone Sebelum MWC 2017

Walaupun dunia masih belum beralih kepada teknologi 5G, ia akan membawakan kebolehan muatturun gigabit kepada orang ramai. Namun, LTE berkata telefon pintar ini bukan sekadar mengenai sambungan rangkaian. Ia juga boleh mengambil video 4K dan menyambungkannya untuk menjadi video 360 darjah. Gigabit Phone ini juga akan mempunyai fungsi yang boleh memuatnaik kandungan ke cloud bagi mengosongkan ruang storan telefon pintar.

Cipset Snapdragon 835 sememangnya didatangkan dengan modem gigabit LTE, jadi, sementara para telco sedang mempersiapkan infrastruktur untuk menyokong sambungan berkelajuan tinggi itu, telefon pintar Gigabit Phone dan Samsung Galaxy S8 akan menjadi dua telefon pintar pertama yang dilengkapi kebolehan ini.

Tetapi kita terpaksa menunggu acara MWC 2017 untuk mengetahui butiran penuh telefon pintar ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top