Telefon Pintar

3 Telefon Pintar Baharu Nokia Dilancarkan

Selain pengenalan telefon bimbit Nokia 3310 yang menjadi tumpuan ramai, HMD Global juga telah melancarkan 3 telefon pintar baharu Nokia untuk bersaing di pasaran telefon pintar masing-masing. Dengan harga jualan yang berpatutan, model-model ini disasarkan untuk memberikan ciri-ciri yang baik, pada harga yang tidak membebankan.

Telefon pintar baharu Nokia

3 Telefon Pintar Baharu Nokia Dilancarkan

3 telefon pintar baharu Nokia yang dimaksudkan adalah Nokia 6, Nokia 5 dan Nokia 3, tiga buah telefon pintar untuk persaingan pasaran spesifikasi tinggi, sederhana dan bajet. Semua model akan dijual secara global. Berikut adalah maklumat mengenai telefon pintar tersebut.

Nokia 6

Nokia 6 merupakan model yang mempunyai ciri-ciri terbaik antara 3 model baharu Nokia. Selain mempunyai ciri-ciri yang disenaraikan di bawah, ia turut dilengkapi pengimbas cap jari dan mengggunapakai Android Nouget versti stok. Ia bakal dijual pada harga sekitar USD 240.

Jika anda inginkan suatu yang lebih “mewah”, Nokia akan melancarakan versi Nokia 6 Arte Black yang dilengkapi bahagian belakang berwarna “glossy piano”, 4GB RAM dan ruang storan 64GB. Semuanya pada harga USD 315.

Ukuran: 154 x 75.8 x 7.85mm
OS: Android 7 Nougat
Saiz Skrin: 5.5-inci
Resolusi: 1920 x 1080
CPU: Snapdragon 430
RAM: 3GB/4GB
Storan: 32GB/64GB
Bateri: 3,000mAh
Kamera utama: 16MP
Kamera hadapan: 8MP

Nokia 5

Nokia 5 merupakan model pertengahan di antara Nokia 6 dan Nokia 3 serta menawarkan rekabentuk lebih kompak berbanding ciri premium pada Nokia 6. Selain dari ciri-ciri yang disenaraikan di bawah, ia turut didatangkan dengan pengimbas cap jari yang juga berfungsi sebagai alat navigasi ke Home. Ia bakal dijual pada harga USD200

Ukuran: 149.7 x 72.5 x 8.05mm
OS: Android 7 Nougat
Saiz skrin: 5.2-inci
Resolusi: 1280 x 720
CPU: Snapdragon 430
RAM: 2GB
Storan: 16GB
Bateri: 3,000mAh
Kamera utama: 13MP
Kamera hadapan: 8MP

Nokia 3

Nokia 3 merupakan model bajet antara 3 model terbaharu Nokia ini dan ia didatangkan pada harga yang sangat menarik. Ia didatangkan dengan spesifikasi seperti yang disenaraikan di bawah, namun tidak didatangkan dengan pengimbas cap jari.

Ukuran: 143.4 x 71.4 x 8.48mm
OS: Android 7 Nougat
Saiz skrin: 5-inci
Resolusi: 1280 x 720
CPU: MediaTek 6737 4-teras
RAM: 2GB
Storan: 16GB
Bateri: 2,650mAh
Kamera utama: 8MP
Kamera hadapan: 8MP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top