Telefon Pintar

30 Juta Unit Samsung Galaxy S3 Terjual Dalam Tempoh 5 Bulan Pertama

Syarikat gergasi Korea, Samsung mengumumkan rekod jualan sebanyak 30 juta unit sejak pelancaran rasmi Samsung Galaxy S3 tersebut pada Mei 2012. Ianya melangkaui sasaran asal iaitu mencecah angka tersebut pada hujung tahun ini. Ini bermakna, Samsung berjaya merekodkan peningkatan sebanyak 3 kali ganda berbanding penjualan model terdahulu, Galaxy S2 dalam tempoh yang sama pada 2011.

Pencapaian di luar jangkaan tersebut agak menakjubkan memandangkan musim perayaan hari Natal (Christmas) belum bermula di mana kebiasaannya jualan akan meningkat berlipat-kali ganda pada tempoh tersebut.

samsung galaxy s3

Menurut Samsung lagi, penjualan Samsung Galaxy S3 langsung tidak terjejas selepas pelancaran iPhone 5 oleh pencabar utamanya, Apple. Dari tempoh pelancaran rasmi Apple iPhone 5 sehingga kini, sebanyak 10 juta unit Samsung Galaxy S3 telah laris terjual. Malah, pelancaran beberapa jenis telefon bimbit yang menggunakan perisian Windows Phone 8 juga tidak mampu menyekat kemaraan Samsung untuk mendominasi pasaran di seluruh dunia.

Ini merupakan berita yang begitu menggembirakan bagi Samsung selepas mengumumkan penjualan sebanyak 3 juta unit bagi Samsung Galaxy Note dalam tempoh kurang dari 40 hari.

Dengan kejayaan tersebut, Samsung telah mencatat keuntungan sebanyak RM22.7 billion bagi suku ketiga tahun ini.
Menurut pelbagai sumber, pencapaian bukanlah suatu yang mengejutkan kerana telefon bimbit tersebut mendapat sambutan yang sangat positif daripada para pengguna walaupun Samsung menerima pelbagai tekanan dan juga tuntutan mahkamah dari Apple.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top