Tablet

Acara Pelancaran Apple Menampilkan iPhone SE dan iPad Pro 9.7 inci

Acara pelancaran Apple telah dijalankan pada 1 pagi tadi waktu Malaysia dan memandangkan ia hanya acara kecil kami tidaklah mengharapkan terlalu banyak dari acara tersebut. Nampaknya Apple berjaya memanfaatkan acara ringkas ini untuk mengumumkan perkembangan terbaharunya serta melancarkan dua peranti baharu, iPhone SE dan iPad Pro 9.7 inci. Acara Pelancaran ini boleh ditonton melalui pautan ini.

Screen Shot 2016-03-22 at 1.05.46 AM

Acara Pelancaran Apple Menampilkan iPhone SE dan iPad Pro 9.7 inci

Acara pelancaran Apple pagi tadi bermula dengan agak hambar dengan Apple bermula dengan mengumumkan komitmennya terhadap pemuliharaan alam sekitar. Ia menyasarkan semua pusat operasi dan pusat jualannya menggunakan 100% sumber tenaga diperbaharui dan produk-produknya pula dibina untuk tahan lama serta boleh dikitar semula kommponennya.

Screen Shot 2016-03-22 at 1.13.50 AM

Untuk itu ia memperkenalkan robot bernama Liam yang ditugaskan untuk menceraikan komponen iPhone untuk kitar semula. Syarikat itu juga memperkenalkan program kitar semula Renew bagi mengitar semula produk Apple lama pelanggan.

Pada acara tersebut, Apple juga membentangkan perkembangan SDK HealthKit yang telah berjaya melahirkan pelbagai aplikasi kesihatan dengan kerjasama pertubuhan-pertubuhan kesihatan di Amerika. Bagi memperkukuhkan lagi aplikasi sektor kesihatannya, Apple memperkenalkan juga SDK CareKit dimana ia boleh digunakan untuk membina aplikasi membantu pesakit tertentu untuk menjalankan proses rawatan dan rehabilitasi yang disyorkan doktor.

Jika dahulunya, doktor menulis atau mencetak langkah-langkah rawatan pada kertas untuk dibaca pesakit, CareKit boleh membina aplikasi interaktif yang memudahkan proses rawatan di samping membolehkan doktor memantau pesakitnya.

Screen Shot 2016-03-22 at 1.22.06 AM

Tali Jam Tangan Apple Watch Baharu

Ia juga memperkenalkan tali jam tangan Apple Watch baharu yang diperbuat daripada nylon dan didatangkan dalam pelbagai warna. Apple Watch juga akan diturunkan harganya kepada USD 299 atau lebih RM 1200.

Screen Shot 2016-03-22 at 1.27.30 AM Screen Shot 2016-03-22 at 1.26.44 AM

Apple iPhone SE

Kemudian, tiba masanya Apple melancarkan produk iPhone terbaharunya, iPhone SE. Ia secara ringkasnya sebuah iPhone 6S dalam pakej iPhone 5S 4 inci. Ia mempunyai semua ciri-ciri yang dipunyai iPhone 6S, termasuk pemproses A9 dengan pemproses bersama M9, Touch ID, kamera iSight 12MP dengan flash True Tone dan banyak lagi.

iPhone SE akan dijual bermula pada harga USD 399 untuk model 16GB dan USD499 untuk model 64GB. Tempahan mula dibuka di US pada 24 Mac dan ia akan mula diedarkan dan dipasarkan pada 31 Mac ini.

Screen Shot 2016-03-22 at 1.38.23 AM

iOS 9.3

Apple turut memperkenalkan ciri-ciri terbaharu yang didatangkan dengan kemaskini baharu Apple iOS 9.3. Antara ciri menarik adalah Night Shift yang akan menukarkan suhu warna skrin bagi mengelakkan ia mengganggu pola tidur pengguna.

Selain itu iOS 9.3 juga akan menyokong Apple Car Play yang kini diadoptasi oleh kebanyakan pengeluar kereta dalam sistem hiburan dalam kereta keluaran mereka. Education juga diperkenalkan bagi membantu guru-guru dalam pembelajaran dan pengurusan bilik darjah. iOS 9.3 boleh dimuatturun sekarang.

iPad Pro 9.7 inci

Satu lagi produk yang ditunggu-tunggu adalah iPad Pro bersaiz 9.7 inci. Ia mempunyai rekabentuk dan spesifikasi yang sama dengan iPad Pro 12.9 inci, tetapi dengan skrin lebih kecil iaitu 9.7 inci. Ini bermakna ia turut dilengkapi pemproses Apple A9X, 2GB RAM, 4 speaker, Touch ID dan skrin “Pro” seperti model 12.9 inci.

Ia juga turut menyokong Apple Pencil. Seperti model 12.9, ia juga disasarkan kepada golongan professional seperti artis dan jurutera yang inginkan lebih ciri mudahalih pada iPad mereka. Apple mendakwa iPad Pro 9.7 inci ini bakal menjadi pengganti laptop bagi mereka yang menggunakan laptop Windows 10.

Tempahan akan mula dibuka 24 Mac ini dan ia akan mula dipasarkan pada 31 Mac nanti. Harganya bermula pada USD599 untuk model 32GB, 749 untuk model 128GB dan USD899 untuk konfigurasi ruang storan 256GB baharu. iPad Pro 13.9 inci turut akan dijual dengan konfigurasi 256GB dan dijual pada harga USD1099.

Sebelum menutup acara Tim Cook menyatakan kesedihannya kerana ini merupakan kali terakhir acara pelancaran seperti itu akan diadakan di Town Hall Cupertino. Apple akan berpindah ke kampus baharunya pada tahun 2017 yang mempunyai ruangan acara serba baharu.

Screen Shot 2016-03-22 at 2.03.37 AM

Ruang acara baharu di kampus baharu Apple

Screen Shot 2016-03-22 at 2.03.30 AM

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



To Top