Telefon Pintar

Acer Akan Melancarkan Telefon Pintar Windows

Telefon pintar Acer bukanlah telefon pintar yang terlaris dipasaran, namun itu tidak menyekat syarikat itu untuk memperkenalkan barisan telefon pintar Windows dalam acara MWC 2015.

Acer

Acer Akan Melancarkan Telefon Pintar Windows

Laman DigiTimes melaporkan bahawa pada satu persidangan yang berlangsung pada 22 Januari lepas, CEO Acer Jason Chen telah mengumumkan bahawa Acer akan memperkenalkan barisan telefon pintar Windows pada acara MWC 2015 yang akan datang.

Ini sekaligus mengesahkan khabar angin yang mengatakan Acer akan tampil kembali secara besar-besaran dengan telefon pintar Windows pada tahun 2015.

Memandangkan platform Windows Phone baru sahaja ditamatkan, telefon pintar ini mungkin tampil dengan OS Microsoft Windows 10.

Menurut Chen, syarikat itu akan memfokuskan pada telefon pintar bajet dan akan melancarkan telefon pintarnya di lebih banyak negara. Beliau juga menumumkan bahawa sebuah “syarikat pengeluar telefon pintar mewah” berminat untuk mengambilalih syarikat telefon pintar tersebut dan walaupun itu tidak akan berlaku sekarang, ia sememangnya satu kemungkinan.

Telefon pintar baru itu dikatakan akan disertakan dengan platform Acer Build Your Own Cloud yang akan diperkenalkannya pada acara MWC 2015.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top