Telefon Pintar

Android M Akan Diperkenalkan Di Google I/O 2015?

Android M

Seperti setiap tahun, acara Google I/O biasanya akan digunakan sebagai platform untuk memperkenalkan versi Google OS terbaharu. Walaupun belum diumumkan secara rasmi, The Verge melaporkan bahawa satu dokumen yang memaparkan deskripsi sesi yang menyebut tentang “Android M” padanya telah muncul di laman web acara tersebut, tetapi diturunkan tidak lama selepas itu.

Android M

Android M Akan Diperkenalkan Di Google I/O 2015?

The Verge melaporkan bahawa satu deskripsi sesi Google I/O yang menyebut tentang “Android M” telah muncul di laman web acara Google I/O 2015 tetapi telah diturunkan sejurus selepas itu. Walaubagaimanapun, laman web Android Police (klik di sini) sempat membuat tangkapan skrin deskripsi tersebut.

Android 5.0 Lolipop dikenali sebagai Android L sebelum ia dilancarkan pada Google I/O 2014. Tetapi walaupun versi Android itu hanya berjaya mencapai 10% daripada semua telefon pintar Android, Google tidak gentar untuk menerbitkan versi Android OS yang baharu.

Deskripsi yang ditebitkan itu tidak memberi banyak maklumat tentang versi OS terbaharu itu, tetapi ia memberikan beberapa pembayang mengenainya. Kenerangan sesi “Android at Work” yang mendedahkan kehadiran Andorid M menyebut, kemaskini itu akan “membawa Android ke pelbagai tempat kerja” . Ini mungkin bermakna kemaskini Android ini akan menumpukan kepada pengguna korporat.

Deskripsi yang lain juga menyebut bahawa Google telah menambahbaik fungsi notifikasi yang diperkenalkan pada Android Lolipop, di samping berusaha menawarkan arahan suara yang memberikan pengguna cara baharu untuk berkomunikasi dengan telefon pintar mereka dengan menggunakan suara.

Google I/O akan berlangsung di Moscone Center San Francisco pada 28 – 29 Mei dan dijangka kita akan mendapat lebih banyak informasi pada ketika itu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top