Telefon Pintar

Android O Bakal Hadir ke Nokia 6, 5 dan 3

Walaupun Nokia 6, 5 dan 3 belum lagi dipasarkan di Malaysia sehingga beberapa minggu lagi, HMD Global, pengeluar telefon pintar jenama Nokia mengumumkan bahawa telefon-telefon pintar berkenaan bakal dinaiktaraf ke Android O (Android 8) setelah OS tersebut diterbitkan.

Android O

Android O Bakal Hadir ke Nokia 6, 5 dan 3

Android O adalah versi Android terbaharu dan telah diumumkan pada acara Google I/O bulan Mei lepas. HMD Global berkata telefon pintar itu akan mendapat kemaskini tersebut apabila Google mengedarkan kemaskni tersebut kepada rakan niaga OEMnya.

Android O tidak dijadualkan diterbitkan sehingga suku ketiga tahun ini iaitu sekitar September atau Oktober, dan berkemungkinan besar Nokia tidak akan mendapat kemaskini tersebut serta-merta. HMD Global tidak mahu komen mengenai bila kemaskini itu akan tersedia untuk Nokia 6, 5 dan 3, namun mengikut pengalaman dengan versi sebelum ini, ia biasanya mengambil masa beberapa bulan untuk syarikat OEM menerima dan mengedarkan kemaskini perisian sistem pengoperasian.

Berita baiknya adalah telefon-telefon pintar Nokia ini menjalankan Android versi stok, jadi ia tidak akan mempunyai masalah menaiktaraf nanti. Diharap kemaskini ini akan diedarkan menjelang Chrismas, seterusnya menjadikan telefon pintar Nokia antara telefon pintar terawal menerima kemaskini ini.

Apa pun, bakal pengguna telefon pitar Nokia mungkin mempunyai satu lagi sebab untuk mendapatkan Nokia 6, 5 atau 3 berbanding telefon pintar lain yang belum pasti mampu dinaiktaraf ke versi Android terbaharu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top