Telefon Pintar

Apple iPhone 5 vs Samsung Galaxy Note 2 vs HTC 8X vs Nokia Lumia 920: Perbandingan Kualiti Kamera

Walaupun tujuan utama para pengguna membeli telefon bimbit adalah untuk berkomunikasi, ramai juga yang amat mengutamakan aspek yang lain seperti kualiti gambar yang dihasilkan menggunakan kamera telefen bimbit tersebut sebelum membuat pembelian.

Ini kerana tidak ramai yang sanggup untuk membawa kamera digital ke mana sahaja mereka pergi dan lebih mudah untuk melakukan “snapshot” menggunakan kamera pada telefon bimbit mereka.

Dilema yang kerap dihadapi oleh pengguna adalah tiada perbandingan langsung di antara kualiti gambar yang dihasilkan oleh telefon bimbit dan sukar bagi pembeli untuk membuat keputusan telefon bimbit yang manakah paling sesuai buat mereka.

Berikut adalah perbandingan di antara iPhone 5, Galaxy Note 2, HTC X8 dan Lumia 920 (ihsan dari ZDNet): –

lumia 920

lumia 920

lumia 920

lumia 920

lumia 920

Dari gambar-gambar perbandingan di atas jelas menunjukkan bahawa setiap telefon bimbit memiliki kelebihan masing-masing bergantung kepada persekitaran gambar tersebut diambil. Akan tetapi, Apple iPhone 5 dan Nokia Lumia 920 tampak lebih menyerlah berbanding Samsung Galaxy Note 2 dan HTC 8X.

Untuk permandangan di luar (outdoor), telefon bimbit keluaran Apple menghasilkan imej yang lebih berkualiti berbanding dengan pesaing-pesaingnya manakala Nokia menonjolkan kekuatannya di kawasan tertutup (indoor).

Oleh kerana terdapat sedikit sahaja perbezaan di antara iPhone 5 dan Lumia 920 untuk permandangan di luar, maka bagi pusingan ini, Lumia 920 boleh dianggap sebagai pemenang kerana menghasilkan gambar yang lebih jelas untuk di kawasan tertutup.

Hasil perbandingan ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan Nokia Lumia 920 adalah lebih berat berbanding telefon bimbit yang lain iaitu pade 185g, manakala iPhone 5 hanya memiliki keberatan 112g, Samsung Galaxy Note 2 pada 183g dan HTC 8X pada 130g.

2 Comments

2 Comments

  1. Pingback: Pandang Pertama: Nokia Lumia 920 – Handphone Kamera Terbaik?

  2. Pingback: Tarikh Pelancaran Dan Harga Nokia Lumia 920 dan 820 (Singapura) - TechKini.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top