Telefon Pintar

Apple Melancarkan Smart Battery Case Untuk iPhone 6 dan 6S

Kebanyakan bekas telefon pintar iPhone berbateri yang dikeluarkan setakat ini telah dikeluarkan oleh pengeluar pihak ketiga. Namun kini Apple telah mengeluarkan Smart Battery Case untuk iPhone 6 dan 6S. Apple telah mula menjualnya di Apple Store secara senyap-senyap.

Smart Battery case

Apple Melancarkan Smart Battery Case Untuk iPhone 6 dan 6S

Apple Smart Battery Case dijual pada harga RM469 dan didatangkan dalam warna hitam dan putih serta boleh memanjangkan jangka hayat bateri selama 18 jam tambahan bagi pelayaran web dengan LTE, sehingga 20 jam main semula video dan sebanyak 25 jam ekstra masa berbual.

Gambar promosi menunjukkan iPhone diluncurkan ke dalam bekas telefon pintar itu, berlainan dari bekas pihak ketiga yang perlu diceraikan dan disambungkan pada telefon pintar berkenaan. Secara keseluruhannya, ia kelihatan seperti bekas iPhone yang telah berada di pasaran, namun ia mempunyai satu bojolan di bahagian belakang yang menempatkan bateri tambahannya.

MGQM2_AV4.0Smart Battery case ini dicas semula dengan kabel Lightening biasa, bermakna ia serasi dengan dok sedia ada dan pengguna tidak perlu membeli kabel tambahan bagi mengecas semula bateri pada bekas itu.

Pengguna juga boleh mengecas semula bekas tersebut dan iPhone pada masa yang sama dan menurut Apple, apabila bekas ini digunakan, antaramuka iPhone akan memaparkan status bateri pintar pada skrin kekunci dan menu notifikasi iPhone itu. Apple tidak pula menyebut samada versi Battery Case untuk iPhone 6 Plus, iPhone 6S Plus dan model iPhone yang lain akan dikeluarkan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top