Telefon Pintar

BQ Aquaris E4.5 Ubuntu Edition

Nampaknya selepas bertahun menunggu, akhirnya telefon pintar Ubuntu pertama akan dilancarkan secara rasmi minggu hadapan dengan gelaran BQ Aquaris E4.5 Ubuntu Edition. Ia akan mula dijual di Eropah pada 9 Februari selepas beberapa kali ditangguhkan.

BQ Aquaris E4.5 Ubuntu Edition

BQ Aquaris E4.5 Ubuntu Edition

Setelah berkali-kali ditangguhkan, telefon pintar Ubuntu pertama di dunia bakal dilancarkan 9 Februari di Eropah. Telefon pintar tersebut digelar BQ Aquaris E4.5 Ubuntu Edition.

Telefon pintar ini dilengkapi skrin 4.5 inci qHD, pemproses Quad core MediaTek Cortex A7 berkelajuan 1.3GHz dengan 1 GB RAM serta kamera hadapan 5MP dan kamera utama 8MP.

<iframe width=”640″ height=”360″ src=”https://www.youtube.com/embed/-dpfHYpfEXY” frameborder=”0″ allowfullscreen></iframe>

Telefon Ubuntu dijangka akan mengubah cara pengguna berinteraksi dengan telefon pintar mereka serta aplikasi yang dipasang padanya. Ia tidak menyusun ikon aplikasi pada grid seperti iOS dan ANdroid sebaliknya memperkenalkan idea “Scopes” yang menurut Cristian Parrino, timbalan presiden bahagian mudahalih di Canonical, merupakan satu “game changer“.

Ubuntu Phone akan mengintegrasikan kandungan dan perkhidmatan ke dalam “Scope” menjadi satu antaramuka mesra pengguna supaya pengguna tidak perlu melayari halaman demi halaman senarai ikon aplikasi.

BQ Aquaris Ubuntu Ed 3-650-80

Ia akan dijual secara eksklusif di Eropah pada harga €169.90 (hampir RM800) pada hari Isnin 9 Februari dalam satu jualan kilat. Pautan serta masa ia mula dijual hanya akan didedahkan di laman Twitter @Ubuntu dan @bqreaders.

Bilangan unit BQ Aquaris E4.5 Ubuntu Edition yang dijual pada hari Isnin juga terhad tetapi beberapa lagi jualan kilat akan diadakan dalam dua tiga minggu akan datang diikuti pelancaran jualannya di sekitar Eropah secara rasmi.

Buat masa ini Canonical menyasarkan pengguna telefon pintar yang telah bosan dengan iOS dan Android berbanding cuba merebut pasaran telefon pintar sedia ada.

<iframe width=”640″ height=”360″ src=”https://www.youtube.com/embed/TShKZLeZzWE” frameborder=”0″ allowfullscreen></iframe>

1 Comment

1 Comment

  1. Azlan

    February 11, 2015 at 10:14 pm

    Mungkin agak susah platform baru nk bertapak memndangkam Android, ios, WP dh penuh pasaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top