Telefon Pintar

Earbud Bragi Tanpa Wayar dan Mampu Milik

Setakat ini, earbud tanpa wayar tidak benar-benar tanpa wayar dan biasanya memerlukan sambungan aneh antara earbud kiri dan kanan. Bragi merupakan syarikat pertama yang mengeluarkan earbud yang benar-benar tanpa wayar (digelar The Dash), namun produk pertama mereka itu kurang berjaya.

Bragi The Headphone header-970-80

Earbud Bragi Tanpa Wayar dan Mampu Milik

Dengan belajar dari kesilapan, Bragi telah mengeluarkan pula earbud kedua mereka yang digelar The Headphone. Walaupun pelik namanya, ia sepasang earbud yang mungkin akan menarik minat anda.

Berbanding The Dash, The Headphone mengeluarkan semua ciri-ciri kecergasan padanya, kawalan sesentuh dan ruang storan dalaman, sebaliknya dilengkapi alat kawalan fizikal dan pengalaman yang lebih ringkas. Ini memberikan earbud tanpa wayar itu 6 jam jangkahayat bateri (berbanding 3 jam pada The Dash), butang kawalan fizikal untuk mengawal volume dan main semula muzik serta kebolehan untuk membuat dan menerima panggilan.

Bragi The Headphone case-650-80

The Dash dahulunya dijual pada harga USD299, tetapi The Headphones dijual pada harga hanya USD149. Ia boleh didapati dengan harga lebih murah (USD119) dalam jangkamasa promosi yang berakhir 1 November.

Pengumuman tentang earbud ini dibuat beberapa hari sebelum Apple akan melancarkan iPhone 7 pada 7 September. Telefon pintar itu dikhabarkan tidak akan didatangkan dengan port fon kepala. Jadi, pengguna boleh mendapatkan earbud ini untuk digunakan dengan telefon pintar iPhone 7 mereka nanti.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top