Telefon Pintar

Foto Menunjukkan Infinity Display Samsung Galaxy Note 8 Bocor

Galaxy Note 8

Setelah kegagalan bateri pada Samsung Galaxy Note 7 tahun lepas, umum memang tidak sabar untuk melihat Samsung Galaxy Note 8 pula dilancarkan dan melihat samada ia mampu memenangi semula kepercayaan pelanggan kepada jenama tersebut. Foto dan video tidak rasmi bahagian skrin “Infinity Display” telefon pintar tersebut telah dibocorkan ke web.

Samsung Galaxy Note 8

Foto Menunjukkan Infinity Display Samsung Galaxy Note 8 Bocor

Diterbitkan di laman sosial China Weibo dan dilaporkan oleh Phandroid, foto dan video terebut menunjukkan apa yang dipercayai Infinity Display Samsung Galaxy Note 8 yang hampir sama dengan apa yang dilihat pada Samsung Galaxy S8 Plus. Model Note 8 ini dijangka akan hadir dengan skrin bersaiz 6.3 atau 6.4 inci bagi mengatasi skrin 6.2 inci pada Galaxy S8 Plus.

Tidak banyak diketahui mengenai pengguna Twitter yang telah membocorkannya, jadi janganlah terlalu mempercayai 100% gambar ini. Namun apa yang dilihat kelihatan sahih dan boleh jadi ia benar. Selain itu video juga menggambarkan bahawa pengimbas cap jari akan diletakkan di bahagian belakang.

Dari sumber yang sama, didapati juga apa yang dipercayi gambar produk rasmi pertama telefon pintar tersebut. Ia boleh dilihat melalui pautan ini. Namun tidak dapat dipastikan dengan muktamad samada gambar ini sahih ataupun telah diedit menggunakan Photoshop. Boleh jadi juga video dan gambar yang diterbitkan merupakan prototaip produk tersebut dan bukan yang sebenar.

Dijangka telefon pintar Galaxy Note 8 akan dilancarkan sekitar bulan Ogos atau September di mana ia mahu mencuri tumpuan dari pelancaran iPhone 8. Dijangka ia didatangkan dengan skrin bersaiz 6.3 atau 6.4 inci dengan resolusi 4K

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top