Telefon Pintar

Galaxy Note 7 Diperbaiki Akan Mula Dijual Jun ini

Masihkah anda ingat telefon pintar Samsung Galaxy Note 7 yang mana baterinya bermasalah menyebabkan ia meletup secara tiba-tiba? Menurut laporan, Samsung bakal menjual semula stok telefon pintar tersebut yang telah diperbaiki mulai Jun ini. Jualan itu terhad kepada Korea Selatan dan belum dapat dipastikan samada ia akan dijual di luar Korea Selatan.

Galaxy Note 7 Diperbaiki Akan Mula Dijual Jun ini

Dilaporkan bahawa terdapat 300,000 unit telefon pintar model ini yang tersedia untuk dijual dan ia dikatakan akan dijenamakan semula sebagai Galaxy Note 7 R. Model yang diperbaiki itu dikatakan akan dijual lebih murah iaitu sekitar USD270.

Tahun lepas, Samsung memanggil semula semula telefon pintar Galaxy Note 7 kerana masalah bateri di mana terdapat banyak laporan telefon pintar itu terbakar atau meletup tanpa sebarang sebab.

Masalah tersebut dikesan berpunca daripada saiz bateri yang telah dimuatkan kedalamnya. Model yang diperbaiki itu akan dimuatkan dengan bateri yang lebih kecil berkapasiti 3,200mAh berbanding 3,500mAh pada model asal.

Harga yang lebih rendah itu ternyata menarik kepada mereka yang ingin mendapatkan peranti Samsung dengan pelbagai ciri-ciri paling canggih padanya. Galaxy Note 7 R akan melarikan Android 7.0 Nougat serta dilengkapi pengimbas retina dan skrin AMOLED. Dengan harga sebegitu rendah, tidak mustahil ia akan menjadi telefon pintar paling berbaloi dibeli, sekiranya pelanggan sanggup mengambil risiko untuk membelinya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top