Telefon Pintar

Galaxy Note 7 Masih Terbakar dan Kini Ditamatkan [Video]

Sepertimana anda mungkin tahu, Samsung masih menerima laporan bahawa telefon pintar Galaxy Note 7 keluarannya masih terbakar, walaupun telah digantikan baterinya. Ini menyebabkan syarikat itu menghentikan pengeluaran telefon pintar tersebut semalam berkuatkuasa serta-merta. Pengguna juga dinasihatkan tidak menggunakan telefon pintar tersebut lagi.

Samsung Galaxy Note 7-5-970-80

Galaxy Note 7 Masih Terbakar dan Kini Ditamatkan

Satu video telah dimuatnaik ke laman Youtube Associated Press menunjukkan satu lagi kes telefon pintar Galaxy Note 7 milik pengguna bernama Dee Decasa terbakar. Video ini dirakamkan oleh kamera litar tertutup di dalam rumahnya di Honolulu, Hawaii pada pagi Ahad lepas.

Video itu menunjukkan Dee Decassa masuk ke ruang tamu rumahnya dengan membawa telefon pintarnya yang ternyata sedang berasap. Beliau kemudiannya meletakkannya di meja dapur sebelum rebah, berkemungkinan terhidu terlalu banyak asap dari telefon pintar yang terbakar itu.

Mereka agak bernasib baik kerana ia berlaku di rumah. Jika ia berlaku di dalam sebuah kapal terbang semasa penerbangan, tentunya lebih banyak masalah akan timbul.

Hari ini pula, didedahkan bahawa badan kawalselia keselamatan produk konsumer di Amerika, Consumer Product Safety Commission (CPSC) tertakluk kepada satu undang-undang di mana sebarang kenyataan yang melibatkan barangan keluaran sesebuah syarikat perlu “ditapis” oleh syarikat tersebut sebelum di hebahkan kepada orang ramai. Ini secara langsung membolehkan syarikat-syarikat memanipulasi kenyataan CPSC untuk menjaga nama baik syarikat tersebut.

Nampaknya badan kawalselia keselamatan produk konsumer di Amerika juga tidak bebas dalam isu menjaga keselamatan pengguna. Apa pun, selamat tinggal Samsung Galaxy Note 7. Semoga Samsung dapat memperbaiki kawalan kualitinya dalam produknya akan datang.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top