Telefon Pintar

Samsung Mengesahkan Galaxy S8 Akan Hadir Bersama Bixby

Gambar terbaharu Samsung Galaxy S8 (gambar di bawah) yang dibocorkan menunjukkan bahagian sisi telefon pintar tersebut dilengkapi butang kawalan bunyi dan satu lagi butang misteri. Namun misteri itu terjawab apabila Samsung sendiri mengesahkan butang tersebut adalah untuk mengaktifkan Bixby, pembantu peribadi digital ala Siri, Alexa dan Google Assistant.

Samsung Mengesahkan Galaxy S8 Akan Hadir Bersama Bixby

Walaubagaimanapun butang yang dikatakan akan digunakan untuk mengaktifkan Bixby terletak di bahagian kiri telefon pintar itu. Ia mudah dicapai oleh pengguna tangan kanan, namun bagi pengguna kidal, lain pula ceritanya kerana di situlah sebahagian besar tangan akan berada ketika memegang telefon pintar, jadi, ia amat mudah untuk menekan butang itu secara tidak sengaja.

Apa pun, menarik juga melihat Samsung menyertakan ciri ini ke dalam telefon pintarnya dan ia memberi gambaran bahawa Samsung melihat Bixby sebagai satu fungsi penting yang pada masa hadapan. Dijangka tidak banyak aplikasi yang akan diintegrasikan dengan pembantu peribadi digital itu semasa pelancaran atau masa terdekat, jadi, agak pelik untuk Samsung untuk melaburkan wangnya kepada satu butang fizikal yang mana fungsinya tidak dijamin penerimaannya. Mungkin juga butang tersebut boleh diprogramkan untuk fungsi-fungsi yang ditetapkan pengguna. Jika itu kesnya, butang tersebut sememangnya ada justifikasinya.

Tetapi, bagaimana pula dengan Google Assistant? Apakah yang akan berlaku apabila butang Home ditekan panjang (biasanya untuk mengaktifkan Google Assistant)? Adakah fungsi ini boleh dialih keluar dan diganti dengan fungsi Bixby? Mungkin butang tersebut adalah penyelesaian Samsung untuk mengadakan dua pembantu peribadi digital dalam satu telefon pintar.

Apa pun, semuanya akan diketahui dalam pelancaran Samsung Galaxy S8 nanti yang akan diadakan dalam masa seminggu lagi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top