Telefon Pintar

Gambar Microsoft Lumia 1330

Gambar-gambar yang menunjukkan sebuah telefon pintar yang dipercayai bahagian casing phablet Microsoft Lumia 1330 dibocorkan dari China melalui media sosial Baidu.

Lumia_1330_back_leak_Baidu-578-80

Gambar Microsoft Lumia 1330

Satu gambar yang menunjukkan apa yang dipercayai bahagian casing berwarna biru bagi telefon pintar Phablet Microsoft Lumia 1330 telah dibocorkan oleh seorang pengguna Baidu di China.

Casing yang dicap dengan logo Mircosoft itu diperlihatkan dibandingkan dengan telefon pintar Lumia 535 itu kelihatan jelas lebih besar daripada model telefon 5 inci tersebut. Jadi boleh dijangka model Lumia 1330 akan menjadi sebuah peranti yang besar dan tidak keterlaluan juga menjangkakan sebuah kamera yang besar juga.

Lumia_1330_front_leak_Baidu_unsized-580-90

Khabarnya, lubang kamera di bahagian belakang telefon pintar dengan nombor kod RM-1062 itu akan diisi dengan sebuah kamera 14MP menggantikan kamera 5MP yang terdapat pada model Lumia 1320 yang lalu.

Sumber-sumber lain ada juga mengatakan bahawa ia akan didatangkan dengan skrin 5.7 inci 720p, pemproses Snapdragon 400 dengan 1GB RAM dan ruang storan sebanyak 32GB. Ia dijangka dilancarkan pada acara MWC 2015 pada bulan Mac dan bukan CES minggu ini.

Bagi mereka yang tidak berapa biasa dengan telefon pintar Microsoft, telefon pintar siri Lumia 1300 adalah versi bajet telefon pintar model siri Lumia 1500. Apabila ia dilancarkan nanti, ia akan menjadi telefon pintar kedua dilancarkan Microsoft selepas Lumia 535.

Apa pun nantikan lebih banyak maklumat mengenai telefon pintar ini dibocorkan menjelang pelancarannya Mac nanti.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top