Telefon Pintar

Gambar Motorola Moto Z2 Force Bocor ke Web

Moto Z2 Force

Dengan pelancaran telefon pintar tahap pertengahan Moto Z2 Play bulan lepas, umum tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai telefon pintar spesifikasi tinggi yang akan dikeluarkan syarikat tersebut yang dijangka akan digelar Moto Z2 dan Moto Z2 Force. Kini kita dipertontonkan kepada apa yang dipercayai telefon pintar tersebut hasil pendedahan pembocor maklumat teknologi terkenal Evan Blass.

Moto Z2 Force

Gambar Motorola Moto Z2 Force Bocor ke Web

Berdasarkan gambar yang didedahkan di atas, nampaknya ia merupakan gambar janaan komputer berkualiti tinggi seperti yang pernah dibocorkan beberapa bulan lalu. Diperhatikan juga butang home pada model baharu ini lebih melengkung dari butang Home yang dilengkapkan pada model terdahulu.

Moto Z2 Force dijangka merupakan telefon pintar berstatus premium dalam barisan telefon pintar Motorolan pada tahun 2017. Model Moto Z Force tahun lepas dilengkapkan dengan ketahanan hentakan yang lebih tinggi, kamera yang lebih baik dan bateri yang lebih besar berbanding model asas Moto Z.

Seperti model yang dilancarkan tahun lepas, Moto Z2 Play dan Moto Z2 Force dijangka mempunyai keserasian dengan barisan aksesori Moto Mod yang agak membanggakan, termasuk Moto Gamepad yang bakal dilancarkan. Lebih banyak maklumat mengenai telefon pintar ini termasuk tarikh jualannya akan diketahui apabila ia dilancarkan kelak.

Moto Z2 Play

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top