Telefon Pintar

Google Mengesahkan Penamatan Project Ara

Google telah mengesahkan laporan bahawa ia akan menghentikan Project Ara, iaitu projek telefon pintar modular kendalian organisasai di bawah pimpinannya, iaitu ATAP. Telefon pintar itu tidak akan memasuki pasaran walaupun Google pernah mengumumkan ia akan mula dijual pada musim luruh ini.

Project Ara

Google Mengesahkan Penamatan Project Ara

Keputusan untuk menamatkan Project Ara dilaporkan dibuat oleh ketua bahagian perkakasan Google, Rick Osterloh yang sedang menyelaraskan produk syarikat berkenaan yang dilihat agak kelam-kabut. Berita mengenai penamatan itu pertama kali dilaporkan oleh Reuters.

Ini sememangnya satu berita menyedihkan bagi peminat konsep telefon pintar modular yang diketengahkan oleh kumpulan ekperimentasi Google yang digelar ATAP di bawah kendalian bekas ketuanya Regina Dugan, yang meninggalkan Google untuk menyertai Facebook. Tiga tahun lalu ATAP membangunkan sebuah rekabentuk konsep yang membayangkan semula telefon pintar sebagai satu siri komponen ala LEGO yang boleh disambungkan, dialihkan atau dikeluarkan dalam masa beberapa saat. Konsep ini diilhamkan dari pasaran PC berspesifikasi tinggi di mana komponen-komponennya boleh ditukar ganti selang beberapa tahun untuk meningkatkan prestasinya.

Kumpulan Ara telah merancang percubaan sulungnya di Puerto Rico tahun lepas, tetapi telah membatalkannya bagi usaha menurunkan kosnya dan menyelesaikan beberapa masalah teknikal. Pada bulan Mei, Google menjanjikan versi pembangun akan dikeluarkan yang, berlawanan dengan idea asal telefon pintar itu, tidak boleh menukarkan pemproses, bateri mahupun skrinnya. Kini, nampaknya telefon tersebut telahpun ditamatkan, walaupun Google dilaporkan mungkin akan melesenkan telefon pintar itu kepada pihak ketiga.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top